Sunday, April 12, 2009

SIFU DAN TONGGA



FAM masih lagi berteka-teki untuk perlantikan jurulatih senior pasukan Kebangsaan Malaysia setelah B Sathianathan dipecat awal Feb lalu. Keputusan drastik yang dibuat FAM adalah semata-mata untuk menutup malu kekalahan besar skuad negara di tangan UAE tempohari.

Perebutan di antara 3 jurulatih berkaliber tempatan kini terarah kepada pengendali Juara Treble musim lalu Kedah iaitu Azrai Khor Abdullah. Beliau ketika ini masih memimpin pasukan Kedah untuk musim yang ke 5 setelah bersama pasukan di penghujung tahun 2004. Pencapaian yang begitu cemerlang membuktikan bahawa Azrai bukan lagi calang-calang jurulatih di Malaysia. Jawatan selaku jurulatih kebangsaan sudah pasti menjadi idaman semua pihak.

Mampukah Azrai Khor mengubah rangking pasukan Malaysia apabila diberi tugas kelak ? Keadaan bolasepak Malaysia yang kian suram sejak sedekad lalu gagal di perbaiki oleh jurulatih bersilih ganti sebelum ini. Rangking Malaysia di kedudukan Dunia 161 adalah suatu penanda aras prestasi bolasepak Malaysia. Apakah keadaan ini akan kekal atau sebaliknya sudah pasti bergantung kepada peranan jurulatih yang memikul tanggungjawab selepas ini.


Kita masih tidak mengetahui status sebenar dan terma syarat yang bakal di capai antara kedua belah pihak nanti. Jika Azrai Khor menerima tugas tanpa perletakan jawatan dalam skuad negeri, itu adalah langkah bijak baginya. Jika sebaliknya sudah pasti menimbulkan seribu keraguan. Andaian kontrak diterima selama 2 tahun sekalipun jika gagal dalam perlawanan demi perlawanan mahupun gagal meningkat prestasi skuad kebangsaan ;bagaimana ya ?


Pembentukkan skuad kebangsaan memerlukan tempoh masa yang terlalu panjang bagi Malaysia untuk memperolehi skuad impian. Senarai pemain sedia ada memang berbakat tetapi bakat mereka cukup terhad. Sebagai contoh ; pemain A memiliki larian pantas tetapi lemah dalam aspek kawalan bola dan skill individu dan begitu jugalah sebaliknya pemain B mempunyai sentuhan tajam di hadapan gawang tetapi cukup lemah dari segi stamina dan kepantasan. Bagaimanakah masalah ini dapat di atasi agaknya ?


Jika Azrai Khor melangkah pergi sudah pasti tidak mengugat skuad negeri Kedah selepas ini kerana pembantu beliau sebelum ini cukup berpengalaman. Masalah lesen kejurulatihan sahaja menghalang beliau untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Azrai Khor sebenarnya. Beliaulah pengerak dan penjana taktikal terbaik yang menjadi motivasi kepada pemain. Gerak kerjanya amat bersahaja tetapi penerapan aspek-aspek kerohanian telah membawa jiwa pemain memahami erti perjuangan dalam pasukan.


Semoga Azrai Khor membuat pilihan yang tepat untuk menyahut cabaran FAM yang penuh dengan seribu misteri. Dia telah lama di puja dan dihormati rakyat negeri Kedah sebelum ini, kini tibalah masanya untuk dia mengegarkan persada bolasepak Malaysia . Semoga berjaya dengan tanggungjawab baru itu nanti walaupun cabarannya mengundang kontroversi selepas ini. Jawatan itu bukan puncak karier anda jika kembali merenung perjalanan anda selama ini.


Ingatlah tugas pertama bermula pada bulan Novenber 2009 nanti , selepas itu segalanya bergantung kepada siri-siri perlawanan persahabatan sahaja.


Selamat Maju Jaya Azrai Khor Abdullah.

1 comment:

Aimran Halim said...

setuju dengan ninja.. semoga berjaya buat mr coach.

Post a Comment