Bukan lagi giliran kita ? Ya ; hakikat yang terpaksa diterima sambil dibaluti rasa kecewa. Inilah sebahagian daripada sifat rasa emosi kita. Mencemburi mereka jauh sekali untuk kita menerimanya kerana keadaan ini pernah dirasa bahangnya yang hadir tidak terjangka .
Publisiti dan liputan untuk mereka juga menghadirkan rasa kerutan di dahi kita , betapa hebatnya mereka berbanding kita. Dimana perbezaan ketara untuk dibandingkan kemeriahan yang sebelum ini dapat dirasai bahangnya. Musim pertama kita di palit rasa kekesalan yang tiada penghujungnya apabila tuanku yang disanjungi terpaksa merangkak berbatu-batu untuk mencemar dulinya. Tragisnya dijulang jua walaupun diibaratkan tuah agak menyebelahi kita.
Musim kedua jua turut tercalon antara pencabar utama . Ironinya bertandang juga kita di halaman mereka dengan alasana bukan barisan terkuat kita. Itulah titik tolak untuk kita mencipta fenomena baru dalam saingan domestik ciptaan penganjur ala rimba. Bentuk dan rupanya masih sama untuk dijulang mereka walaupun di hiasi dengan berlainan warna.
Apa yang anda rasa ? Cukupkah dengan memujuk hati untuk menerima apa sahaja yang ditelanjangkan mereka ? Kebahagiaan selama ini telah disentap tanpa merasa apa-apa di jiwa dan minda . Anda layak tergolong bersama-sama golongan yang tidak pernah dilamun cinta sebenarnya . Langit di tanah subur Hijau Kuning tidak lagi secerah lalu , perubahan cuaca yang mengusarkan kita.
Perjuangan kini masih berbaki untuk kita mendaki ke puncak jaya, sekurang-kuragnya mempertahankan apa yang ada. Menyerah tanpa berusaha bukan slogan laungan anak jati Hijau Kuning tercinta. Bangkitlah pejuang memenuhi sekelumit harapan penyokong tegar yang masih dahagakan kejayaan ini. Buang rasa bayangan indah lalu , tekadkan kembali sasaran dan harapan semua. Kami tidak memaksa , kami juga tidak meminta tetapi kami yakin anda mampu melakukannya.
Usikan mereka penuh dengan seribu tafsiran dan misteri mengulit jiwa. Jangan biarkan mereka lali dengan usik mengusik ini kerana ianya bakal menjadi santapan minda. Selagi ianya tidak dijulang , kegemilangan lampau pasti dipersoalkan mereka. Masa depan anda sedikit sebanyak semakin kabur andai persembahan semasa menjadi tanda aras pengukur kemampuan kita.
Sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan yang cemburu dan terkecewa . Bukan lagi rahsia kerana rasa terkilan ini sering membaluti jiwa untuk menyerah segala sokongan tanpa paksaan sesiapa.


No comments:
Post a Comment