Genggamlah katamu menjadi janji
Walaupun darah yang kau tangisi
Terus melaung melodi sokongan
Moga menjadi erti kemenangan
Sorakmu membangkit hati yang lara
Bagai petir tidak bercahaya
Genggam tanganku terus kehadapan
Moga ilhamkan kemenangan
Misi mustahil buat kali ke 3 ??? hmmmm ....
Terengganu kebal di gelanggang sendiri dalam pentas Liga Super dengan rekod 2007 dan 2008 tidak menyebelahi pasukan Kedah apabila bertandang ke sana sebelum ini. Kedah kembali mencari penawar terbaik setelah hentian pitt stop di Darulaman pada 4 April lalu ditolak 3 Mata berharga. Kemampuan mencipta rekod kemenangan 6 kali berturut dimusnahkan Kelantan akibat kecuaian teknikal barisan pertahanan .. Kedah memang tidak segagah lalu tetapi jika berkerjasama secara pasukan , mereka akan nampak lebih hebat.
Teguran taktikal sebelum ini mencetuskan 'bahana cemuih ' segelintir peminat yang tidak mahu 'kami' dil ihat lebih hebat. Ruang sesawang sempit ini sekarang bukan lagi pentas terbaik meluahkan pendapat menongkah arus jika hasrat hati tidak direstui semua pihak. Biarkan mereka bermain dengan kata-kata sendiri bagi mengelak perbalahan kontroversi. Ketahuilah bahawasanya langkah kami 'harus' sahaja ... pergi atau tidak hanyalah emosi ciptaan sediri .
Meminjam ayat dari lirik indah yang masih segar di cipta jeebsion sebelum ini cukuplah mengambarkan bahawa pemain tidak melatah dengan sebarang kritikan keras yang sering di jaja media . Apakah kritikan keras penyokong sendiri lebih berbisa daripada petir yang bercahaya itu..? Hmmmmm ..... Kami tetap membawa pasukan terus kehadapan untuk mengilhamkan pengendali dengan taktikal yang berlainan. Kuasa dan percaturan taktikal adalah hak mutlak pengendali yang disanjungi selama ini .
Pemain mula sedar dari lamunan indah musim lalu , mereka belum terlewat untuk bangkit kembali kerana pentas perjuangan masih panjang dan terbuka luas . . Hakikat dan bahang saingan perlawanan lalu cumalah memori indah yang mereka cuba ciptakan kembali. Sokongan pasti kembali mengamit hati andai bersedia berubah ke arah lebih baik selepas ini.
Buktikanlah wira Kenari bahawa cemuhan kami adalah cabaran terbesar musim ini . Sesungguhnya kami tidak pernah puas untuk menagih kemenangan demi kemenangan selepas ini. . Perjuangan sukan ini tiada noktah untuk berhenti atau pun berehat seketika bagi menikmati bahagianya kecemerlangan lampau.
Tempuhilah laluan sukar sabtu nanti dengan misi mustahil dan terbalikkan kata-kata kami. Lawan tiada beza , Anda tetap serupa kerana kelebihan psikologi telah memihak kepada kita. Jangan jadikan kemenangan di laman sendiri tempoh hari cuma mimpi. Kemenangan sebelum ini bukan kerana nasib tetapi itulah langkah sebenar Kenari ...!!!
Selagi nadi tidak berhenti ,selagi itulah sokongan kami tetap tidak berbelah bahagi ...
Hijau Kuning pasti terpahat di sanubari !!!
Hijau Kuning pasti terpahat di sanubari !!!


No comments:
Post a Comment