Thursday, April 2, 2009

Part Time Job

Pertama kali nak ceritakan sesuatu diluar kebiasaan berkenaan pekerjaan part time setelah negara mengalami kemelesetan ekonomi global. Apa pekerjaan part time terbaik untuk anda ?? Ketepikan segala kerja sambilan terhadap skim MLM kerana ianya bukan kerja sambilan. Sesungguhnya MLM memerlukan komitmen ' Meeting Lewat Malam 'saban hari.

Pekerjaan sambilan kadangkala mampu mengaut ribuan ringgit malah mampu melebihi gaji asas perkerjaan tetap anda. Sehingga hari ini saya hanya melakukan 3 perkerjaan sambilan sambil menghitung untuk menambah satu lagi peluang pendapatan tambahan.

Kerja sambilan yang dilakukan sekarang adalah mendapatkan kontrak sementara untuk membuat tinjuan barang-barang produk pengguna . Saya mendapat kontrak dari Colgate Pamolive dan Michelin Sdn Bhd. Pekerjaan yang tidak menyusahkan apatah lagi mengekang waktu kerja saya selama ini. Walaupun ianya tidak di lakukan setiap hari tetapi pulangannya cukup lumayan.

Pekerjaan untuk Colgate Pamolive hanyalah perlu menyediakan data lengkap mengenai stok barangan yang dijual dan kuantiti peragaan yang disediakan di setiap pasaraya yang terpilih. Bayaran bagi setiap pasaraya adalah RM50 per outlet . Saya mendapat 30 outlet yang perlu diselesaikan dalan tempoh 2 bulan. Jika saya berjaya menyiapkan 30 outlet dalam tempoh berkenaan , jumlah bayaran yang diterima adalah RM1500 secara tunai pada penghujung bulan berkenaan. Itulah rutin yang dilakukan sejak setahun yang lalu .

Begitu juga bagi Michelin yang memerlukan saya mengunjungi kedai-kedai menjual tayar di sekitar Butterwoth dan Bukit Mertajam. Kerja yang diperlukan adalah mengumpul data harga bagi setiap barangan keluaran Michelin , Sime Tyre , Continental dan Bridgestone. Setiap kedai memerlukan saya mengumpul harga setiap jenis tayar yang disediakan oleh mereka. Sebagai contoh : tayar saiz 135/ 55 , berapakah harga jualan bagi 4 jenis jenama berkenaan sahaja. Bayarannya juga adalah RM50 per outlet setiap kali lawatan. Sebulan memerlukan 20 kedai untuk di buat tinjuan harga. Maka pendapatannya adalah RM1000 sebulan.

Kembali kepada persoalan ?? Berapakah kos yang diperlukan saya untuk menjalankan kerja sambilan ini ..?? Nothing ... tiada wang dikeluarkan kecuali sedikit masa dan tenaga untuk menjalankan kerja sambilan ini.

Kerja sambilan terbaru yang masih dalam pertimbangan saya adalah memberikan perkhidmatan kunci pendua kepada pemilik motosikal di seluruh kawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang. Kerja ini memerlukan sedikit modal berbanding perkerjaan sambilan saya terdahulu tetapi kosnya terlalu rendah. Modal sekitar RM3.oo sahaja dengan membeli 2 utas wayar dan satu suis pendua. Saya bercadang untuk meyediakan perkhidmatan ini disetiap kawasan parkir motorsikal pasaraya seluruh seberang Perai. Saya sendiri akan menyediakan perkhidmatan pemasangan kunci pendua ini dan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 bagi setiap motosikal.

Saya beranggapan mampu menyediakan minima 10 buah motosikal sehari untuk kerja-kerja pemasangan suis pendua ini. Sebuah motosikal memerlukan 15 minit untuk memasang suis ini yang diletakkan dibawah tempat duduk penunggang. Selain menjalankan kerja sambilan , kerja ini secara tidak langsung membantu membenteras jenayah kecurian motosikal yang amat tinggi di kawasan Seberang Perai. Caj RM10.00 adalah harga berpatutan kerana ianya dipasang untuk sekali sahaja bagi setiap motosikal, kunci-kunci sedia ada masih diperlukan untuk memastikan keadaan motosikal selamat.

Suis ini mencegah penjenayah melarikan motosikal secara langsung kerana suis ini perlu dihidupkan terlebih dahulu sebelum menghidupkan motosikal. Penjenayah selalunya melarikan motosikal di bawah 2 minit apabila berjaya membuka kunci-kunci sedia ada , maka kunci asas motosikal digunakan master key. Walaupun panel meter dalam keadaan 'Neutral' , enjin motosikal gagal dihidupkan selagi suis pendua ini tidak di matikan terlebih dahulu.

Jadi , adakah pekerjaan sambilan ini menguntungkan ?? Motosikal adalah kenderaan paling banyak digunakan oleh semua lapisan masyarakat yang menjadikannya kenderaan keperluaan setiap orang. Saya mensasarkan perkerjaan ini mampu bertahan selama 1 tahun untuk memastikan setiap kenderaan mempunyai suis pendua ini.

Perkiraan mudah adalah :

1 hari = 1o buah motosikal = RM100
30 hari = 300 buah motosikal = RM3000

Adakah perkerjaan ini amat berbaloi kepada anda ..???? Saya tetap berkata YA kerana kosnya mungkin sekitar RM50 sahaja. Sesiapa yang berminat untuk menceburi pekerjaan sambilan terbaru saya , saya akan dedahkan cara pemasangannya yang sebegitu mudah.

1 comment:

Anonymous said...

Untuk kereta, berbaloi tapi kena tengok sama ada ada side effect atau tak...

Post a Comment