Friday, April 17, 2009

Football is Entertainment ??



Esok bakal ditentukan pasukan manakah yang bakal menempah laluan ke final piala FA edisi ke 20 sejak diperkenalkan pada tahun 1990. Musim ini menampilkan saingan separuh akhir yang lebih menarik berbanding kejuaaraan yang dimenangi oleh Kedah musim 2007 dan 2008 lalu. 4 pasukan teratas bakal membuat perhitungan pertama dalam merebut kejuaraan dan pengiktirafan dalam edisi Liga Malaysia tahun 2009.


Kelantan , N Sembilan , Perlis dan Selangor adalah pasukan yang menghuni tangga 4 terbaik Liga Super ketika ini berbanding Kedah yang tersingkir awal di pusingan ke-2 ditangan UPB Myteam. Masing-masing mempunyai peluang sama rata untuk merangkul kejuaraan pertama musim 2009 apabila mereka bertemu pada malam esok (18 April 2009). Kelantan yang dilabel pasukan pilihan sebelum ini menghadapi ranjau sukar apabila bertandang ke Paroi tanpa khidmat penjaga gawang berpengalaman yang di gantung oleh KAFA. Isu hooligan yang berlaku minggu lalu masih panas diperkatakan oleh peminat-peminat bolasepak tempatan. Kekurangan defesit 1 gol bukan halangan utama tetapi moral mereka sudah pasti terjejas.

Negeri Sembilan yang pernah menjulang piala ini pada 2003 sudah pasti ingin mengulanginya pada edisi kali ini. Permainan yang kosisten sejak musim lalu dibawah Wan Jamak Hassan membuka peluang untuk merebut kejuaraan kali ini. Perlawanan yang pasti menjanjikan debaran bagi kedua-dua peminat tempatan dan seluruh rakyat Malaysia apabila bakal dibawakan secara langsung oleh stesen tv tempatan.

Slot laluan ke perlawanan akhir juga bakal ditentukan antara Selangor dan Perlis di Stadium Shah Alam pada masa yang sama. Kedua-dua pasukan yang terikat di Kangar tempohari pasti juga menjanjikan kejutan dan debaran kuat peminat tempatan. Aksi-aksi keras yang ditonjolkan di Kangar tempohari sudah pasti menuntut pemain-pemain kedua-dua pasukan memberikan komitmen tinggi. Selangor sudah menjulang piala ini sebanyak 4 kali pada edisi terakhir tahun 2005. Mereka juga merupakan finalis musim lalu yang ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Perlis yang diketahui pasukan yang pernah mengegarkan pentas bolasepak tempatan pada 2004 lalu kini juga berpeluang untuk merangkul kejuaraan pertama bersama-sama juga Kelantan. Peneraju liga Super ini mula mendapat perhatian lawan sejak dikendalikan oleh Irfan Bakti semusim lalu. Barisan pemain yang diadun Irfan mula membuahkan kejayaan apabila di laluan tepat untuk mencabar sebarang kejuaraan musim ini.

Perseteruan mereka pasti menghiris luka di hati peminat-peminat bolasepak negeri Kedah musim ini . Kedah tidak lagi bersama-sama mereka mengharungi saingan separuh akhir musim ini. Kejayaan Kedah musim lalu adalah membenam 2 pasukan dalam separuh akhir edisi 2009 iaitu Perlis dan Selangor. Minat peminat-peminat negeri jelapang padi kini terarah kepada teka-teki pengganti B Sathianathan yang bakal di pikul Azrai Khor Abdullah. Inilah topik perbualan utama apabila berita ini mula tersebar di media sukan arus perdana. Rekod terbaik memimpin pasukan musim lalu dijadikan batu asas ukuran kemampuan Azrai Khor untuk mengemudi barisan pemain-pemain Kebangsaan FAM.

Walau apa pun kata sepakat yang bakal dicapai selepas ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan 4 pasukan di separuh akhir ketika ini. Keputusan sekarang sudah pasti dinilai dengan keadaan semasa dimana di kalangan 4 pasukan itulah bakal terbentuk barisan pemain Kebangsaan nanti. Percanggahan pendapat bagi pemain pasukan lain yang gagal layak ke separuh akhir hanyalah luahan emosi kecewa peminat tempatan. Begitulah sebaliknya jika persoalan ini ditimbulkan oleh peminat-peminat bolasepak negeri lain.


25 April nanti bakal menentukan pasukan manakah yang bakal menjuarai Piala FA musim ini tanpa kudrat import menunjangi pasukan berbanding kejayaan pasukan yang memenangi terdahulu. Kerancakkan Liga Malaysia bakal berterusan selepas ini yang penuh dengan kontroversi demi kontroversi melanda bolasepak Malaysia. Perseteruan mereka bakal terjawab, Kedah masih mencari arah dan formula terbaik musim ini. Isu 'kambing hitam' ciptaan FAM juga pasti menganggu tumpuan Hijau Kuning selepas ini.


Perjalanan Liga Malaysia musim ini cukup memualkan , bukan prestij kejohanan di perdebatkan tetapi isu remeh yang merimaskan hati saban hari. Kegelapan masih menyelubungi panorama bolasepak Malaysia ketika ini. Sampai bila ..........??

No comments:

Post a Comment