Sunday, April 12, 2009

Never Give Up !!!!


Syukur alhamdulillah dengan kejayaan Kedah membenam Terengganu di Stadium Sultan Mizan , Kuala Terengganu semalam. Kubu mereka tidak lagi sekebal stadium terduhulu yang diketahui bahawa struktur permukaan yang keras dan tidak rata. 3 mata dibawa pulang bersama terbang pulang ke Alor Setar untuk rangka persiapan timbal balik ke Hong Kong pula selepas ini.

Rentak kemenangan semalam bukan lagi medan ujian tetapi di simpulkan sebagai kekuatan sebenar pasukan Hijau Kuning musim ini. Perubahan formasi dan taktikal mula di terjemahkan walaupun masih merisaukan strategi sebenar pengendali. Kebijaksaan pengendali menukar senarai barisan pemain sedikit sebanyak memerangkap lawan untuk membaca taktikal semasa pasukan.

Helmi Eliza , V Thirumurugan , Shafizan Hashim, Shahrulnizam Mustapa mahupun Kyhril Muhaimeen tetap sandaran barisan utama pasukan setiap kali diturunkan. Walaupun rombakan hanya di posisi tertentu tidaklah mencacatkan rentak pasukan pasti mengundang sedikit gangguan persefahaman. Ketepikan dan abaikan kesilapan minor itu ketika melakukan hantaran. Senarai penjaring gol juga kian bertambah tanpa mengharap barisan serangan semata-mata. Itulah kelebihan sedia ada sejak mereka di gabungkan sepanjang 2 musim lalu.

Sebelum tirai pusingan pertama berlabuh penghujung May nanti , momentum kemenangan pasti dapat dijelmakan setiap perlawanan selepas ini.

31.3.09 - MSL - Pahang lawan KEDAH - menang 2-4
04.4.09 -
MSL - KEDAH lawan Kelantan - tewas 1-2
11.4.09 -
MSL - Terengganu lawan KEDAH - menang 2-0
28.4.09 -
MSL - KEDAH lawan Pahang
12.5.09 -
MSL - Penang lawan KEDAH
16.5.09 -
MSL - KEDAH lawan Perak

9 mata maksimum ini perlu di realitikan agar detik rasa peminat kembali bertaut untuk melangkah pergi ke Darulaman selepas ini. Statistik rekod kekalahan lalu juga bukan lagi rujukan terbaik musim ini memandangkan pencabar liga masih bergelut sesama sendiri. Biarkan kita terus menghuni di tangga itu kerana bergitulah cara dan gaya Kedah untuk mempertahankan kejuaraan sedia ada . Biarkan pelukan 2 piala itu terlepas pergi asalkan kejuaraan Liga Super dimiliki Kenari.

Ruang disana juga bukan lagi tempat meluah emosi sesuka hati ketika ini kerana pengunjungnya bersilih ganti. Hati yang telah lama terpaut saban hari cukup sukar untuk melupakan walaupun sedetik hari. Kemeriahan si sana diciptakan oleh mereka dan pengunjung berlatar belakang berbeza. YA !! memang benar itulah hakikat dan realiti sebenarnya. Kini biarlah giliran mereka menguasai ceruk ruang sana demi memenuhi tuntutan naluri menghamburkan kata-kata. Aku tekad untuk bertapak di rumah sendiri selepas ini. Bukan penghargaan jawatan yang dikejar selama ini apatah lagi puji-pujian melambung tinggi. Segalanya demi minat untuk merancakkan suasana saban waktu yang kadangkalanya sepi tanpa berpenghuni.

Kunjungan selepas ini cukuplah untuk meninjau infomasi yang di coretkan mereka selepas ini. Bukan ingin membawa hati duka yang dicerca sebegini tetapi merasai kehilangan kemeriahan suatu ketika yang mengamit aku pergi tanpa di paksa sesiapa . Kebebasan tetap ada batas-batas dan salurannya , itulah yang di pegang dan ditunjangi diri.

Mengundur diri tidak bererti menyerah kalah !!! Hanyalah sekadar menasihati diri sendiri untuk kembali menilai maruah dan jatidiri.





* Oh ya ..Perlawanan pembuka tirai USL berakhir dengan seri 0-0, turut mendukacitakan apabila Tusty tidak disenaraikan dalam pasukan . Entahlah mungkin dia juga masih mencari rentak dan perkhabaran juga semakin menyinsihkan diri saban hari.

No comments:

Post a Comment