Friday, April 24, 2009

Kemewahan Menghimpit Kita ??

Ketika orang lain nyenyak dibantal tilam mereka , saya membuang masa berjam-jam lamanya menjelajah semerata ceruk dunia tanpa sempadan ini. Bermula dari forum ke blog-blog politik hinggalah ke laman sosial lain untuk melihat kerenah manusia.

Perhentian saya begitu lama di akhbar Kosmo hari ni ; http://www.kosmo.com.my ( sabtu 25 April 2009 ) apabila melihat tajuk-tajuk berita yang menjadi topik utama untuk setiap kategori yang disediakan pihak media. Kesemuanya berkisar tentang wang dan duit sahaja. Tidak kiralah samada Laman Utama , Dunia , Sukan dan Hiburan sekalipun. Maka kesimpulannya tetap sama berpaksikan kepada wang semata-mata. Inilah dunia kini yang menghimpit kita.

Isu dalam negara berkisar dengan sendiket penipuan mengunakan nama Bank Negara untuk menipu penguna-pengguna kad kredit di Malaysia. Isu lelongan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh kerajaan pakatan Rakyat sebelum ini juga berkenaan untuk mencari wang sahaja. Begitu jugalah kisah penyeludupan dadah Ketamin yang melibatkan wang bernilai RM1.16 juta berjaya ditumpaskan pihak polis semalam di KLIA.

Luar negera juga berkisar soal wang apabila seorang wanita warga negera Jerman berjaya melelong daranya pada harga RM 47,463 di laman web bagi menidurinya. Kisah pelacuran warga Thai di Singapura juga berkisar tentang urusniaga yang melibatkan wang bagi menyara kehidupan manusia akhir zaman ini. Susan Boyle juga yang mencetus fenomena di Britain ketika ini juga telah berubah gaya penampilan dan tawaran wang turut menghimpitnya bagi menerima sogokan wang kerana berstatus dara.

Kisah hiburan di paparkan pula 'Si Miskin Slumdog yang Popular ' ingin menjual anaknya semata-mata mengejar kehidupan yang lebih sempurna. Si bapa tidak mahu populariti anaknya di Oscar hanyalah khayalan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Populariti tidak menjamin masa depan dan hakikat kehidupan sebenar mereka apabila menghuni kawasan paling daif di bumi India. Tawaran meningkat berkali-kali ganda untuk mengejar kemewahan yang diukur dengan wang sahaja.

Isu sukan juga tidak lari dengan ganjaran wang ringgit apabila pihak kerajaan Selangor bersedia untuk memberi habuan tidak kurang daripada RM15,000 jika pemain-pemainnya berjaya mengalahkan Kelantan pada malam ini. Walaupun di cerna dengan maksud lain sebagai motivasi ataupun insentif gajaran sekalipun , ianya tetap melibatkan wang . Bentuk dan rupa tetap sama .


Ini semua adalah kisah sehari yang dipaparkan di media berkenaan apa yang berlaku ketika ini di semerata dunia mahupun kisah hari ni. Persoalannya ' Adakah kehidupan anda hari ini juga menerima peluang ganjaran sebegitu rupa ?' Jika jawapan yang diberi adalah YA kerana baru sahaja menikmati gaji bulan ini daripada pekerjaan anda. Ini adalah usikan manja kerana warga kerajaan sememangnya sedang senyum lebar sahaja minggu ini. Kemewahan anda hari ini tidak kekal lama kerana kitaran itu perkara biasa yang turut berlaku kepada saya.

Kecapilah kehidupan ini tanpa membebankan rasa gelisah anda dengan persoalan kewangan setiap hari. Wang hanyalah alat untuk kita terus menikmati segala kemewahan sementara selagi mata belum tertutup rapat selamanya.

Biarkan kemewahan datang menghimpit mereka kerana saya kadang kala percaya bahawa perjalanan kita sudah diatur dengan sempurna olehnya. Janganlah pula berpeluk tubuh sambil mudah meyerah kalah , ini adalah sebahagian adat resam dunia. Berusaha adalah lebih baik daripada mengharapkan rezeki datang tergolek di depan mata.


Kesimpulannya : Mewah atau tidak bukan kerja kita !! Hidup mesti mau Gembira .

1 comment:

Anonymous said...

Lari dari topik sikit...

Paper hari ni penuh dengan liputan Kelantan vs Selangor di bahagian sukan. Awat waktu Kedah masuk Final dan juara sampai enam piala, tak semeriah ni liputan paper?

Maybe sebab dah tau Kedah akan juara kot. Hehehe...

Hmmm... apa pun, Semangat juang kita kena tinggi.

Post a Comment