Oleh Lol kosmo
lol@kosmodot.com.my
DUA anak jati Selangor, Amri Yahya dan Safee Salie masing-masing melakukan hatrik bagi membolehkan skuad Gergasi Merah menewaskan PDRM 8-1 di Stadium Shah Alam pada aksi Liga Super malam kelmarin.
Amri Yahya kali terakhir yang dijulang wira negeri pada perlawanan akhir 2002 berjaya menjaringkan gol menerusi dagu pada seawall minit ke 3’. ‘’Dapat menjaringkan gol mengunakan dagu pasti memberi keyakinan untuk saya terus menyerlah musim ini. Dua gol lagi disumbangkan Amri pada penghujung babak pertama hasil sepakan angin secara tidak sengaja , bola tersentuh lutut terus ke gawang PDRM.
Manakala gol 3 dijaringkan hasil sepakan percuma yang dibantah berkali-kali , akhirnya diberikan pengadil diluar sedikit garisan penalti lawan. PDRM yang tidak membina benteng pertahanan memudahkannya menjaringkan gol pada minit 78’. Itupun di sahkan setelah mencuba sebanyak 4 kali akibat di provokasi penjaga gol lawan.
“Saya tak peduli apa pun kata penyokong luar , asalkan saya dapat menjaringkan gol hatrik yang di idam-idamkan selama ini‘’ kata Amri kepada Kosmo! semalam.
Safee Salie pula yang baru menjaringkan gol setelah kemarau memanjang sebelum ini, menjadikan perlawanan ini sebagai hadiah pengubat duka kepada jurulatih kesayangannya.
"Rasa terkilan, kecewa, menyesal dan bersalah, semua ada. Selepas ditarik pemain jersi 1 PDRM , saya yang cuba melepaskan diri secara spontan telah tersikunya dengan sengaja akibat geram," jelas Safee. Gol-gol Safee dijaringkan pada minit 24 ‘ , 26 ‘ dan 28’ pada separuh masa pertama akibat kelalaian pertahanan PDRM yang menganggap jaringan Safee Salie tidak disahkan.
Pada minit 22’ seramai 4 pemain pertahanan PDRM tercedera akibat disiku Safee, ini mengakibatkan PDRM bermain tanpa pertahanan setelah mereka di rawat diluar padang. Gol Selangor selebihnya dijaringkan oleh Prema Muthu dan Amirul Hadi.
Sementara itu, jurulatih Selangor, K. Devan tetap tidak berpuas hati biarpun pasukannya sekadar mencatat kemenangan besar dengan pasukan belasahan.
"Kami bermain baik sehinggalah Amirulhadi dilayangkan kad merah pada minit ke 89’. Tapi selepas main dengan 10 pemain pun, kita dapat menyerang dan beberapa peluang keemasan.
"Sepatutnya kita dapat penalti 4 kali (pada minit 55’ 69’ 73 dan 88) kerana jelas Safee Sali dijatuhkan secara tiba-tiba," kata Devan.
Manakala 6 perlawanan lain juga turut berlangsung di stadium masing-masing. Kedah sekadar mencatat kemenangan 3-0 menentang Kelantan di Darulaman.
-Sekian Karangan saya untuk dihantar ke Meja Editor Kosmo Ahad depan -
Kesimpulannya :
Keputusan lebih penting dari isi kandungan sesuatu berita .. teng teng teng ..
PROMO Rp 17,5 Juta ! PAKET BIAYA UMROH MURAH
8 years ago


1 comment:
tak perlu baca semua,, cukup setakat yg di bawah jer,,, dah paham semuanya,,,
Post a Comment