Monday, April 27, 2009

Usik Mengusik



Bukan lagi giliran kita ? Ya ; hakikat yang terpaksa diterima sambil dibaluti rasa kecewa. Inilah sebahagian daripada sifat rasa emosi kita. Mencemburi mereka jauh sekali untuk kita menerimanya kerana keadaan ini pernah dirasa bahangnya yang hadir tidak terjangka .

Publisiti dan liputan untuk mereka juga menghadirkan rasa kerutan di dahi kita , betapa hebatnya mereka berbanding kita. Dimana perbezaan ketara untuk dibandingkan kemeriahan yang sebelum ini dapat dirasai bahangnya. Musim pertama kita di palit rasa kekesalan yang tiada penghujungnya apabila tuanku yang disanjungi terpaksa merangkak berbatu-batu untuk mencemar dulinya. Tragisnya dijulang jua walaupun diibaratkan tuah agak menyebelahi kita.

Musim kedua jua turut tercalon antara pencabar utama . Ironinya bertandang juga kita di halaman mereka dengan alasana bukan barisan terkuat kita. Itulah titik tolak untuk kita mencipta fenomena baru dalam saingan domestik ciptaan penganjur ala rimba. Bentuk dan rupanya masih sama untuk dijulang mereka walaupun di hiasi dengan berlainan warna.

Apa yang anda rasa ? Cukupkah dengan memujuk hati untuk menerima apa sahaja yang ditelanjangkan mereka ? Kebahagiaan selama ini telah disentap tanpa merasa apa-apa di jiwa dan minda . Anda layak tergolong bersama-sama golongan yang tidak pernah dilamun cinta sebenarnya . Langit di tanah subur Hijau Kuning tidak lagi secerah lalu , perubahan cuaca yang mengusarkan kita.

Perjuangan kini masih berbaki untuk kita mendaki ke puncak jaya, sekurang-kuragnya mempertahankan apa yang ada. Menyerah tanpa berusaha bukan slogan laungan anak jati Hijau Kuning tercinta. Bangkitlah pejuang memenuhi sekelumit harapan penyokong tegar yang masih dahagakan kejayaan ini. Buang rasa bayangan indah lalu , tekadkan kembali sasaran dan harapan semua. Kami tidak memaksa , kami juga tidak meminta tetapi kami yakin anda mampu melakukannya.

Usikan mereka penuh dengan seribu tafsiran dan misteri mengulit jiwa. Jangan biarkan mereka lali dengan usik mengusik ini kerana ianya bakal menjadi santapan minda. Selagi ianya tidak dijulang , kegemilangan lampau pasti dipersoalkan mereka. Masa depan anda sedikit sebanyak semakin kabur andai persembahan semasa menjadi tanda aras pengukur kemampuan kita.

Sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan yang cemburu dan terkecewa . Bukan lagi rahsia kerana rasa terkilan ini sering membaluti jiwa untuk menyerah segala sokongan tanpa paksaan sesiapa.

Sunday, April 26, 2009

Kekasih Gelapmu ??






Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

*
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

**
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia...

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku




* lirik ini tidak ada kena mengena dengan diri ini cuma terdapat sedikit persoalan yang menggangu minda , menjelajah ke alam yang penuh misteri dan penuh tanda tanya ?? Tunggu entri seterusnya untuk saya membongkar cerita misteri kehidupan wanita seusia Camelia .
Berhati-hatilah mengawal tingkah laku anak-anak anda terutama yang sejantina Camelia .

Friday, April 24, 2009

Kemewahan Menghimpit Kita ??

Ketika orang lain nyenyak dibantal tilam mereka , saya membuang masa berjam-jam lamanya menjelajah semerata ceruk dunia tanpa sempadan ini. Bermula dari forum ke blog-blog politik hinggalah ke laman sosial lain untuk melihat kerenah manusia.

Perhentian saya begitu lama di akhbar Kosmo hari ni ; http://www.kosmo.com.my ( sabtu 25 April 2009 ) apabila melihat tajuk-tajuk berita yang menjadi topik utama untuk setiap kategori yang disediakan pihak media. Kesemuanya berkisar tentang wang dan duit sahaja. Tidak kiralah samada Laman Utama , Dunia , Sukan dan Hiburan sekalipun. Maka kesimpulannya tetap sama berpaksikan kepada wang semata-mata. Inilah dunia kini yang menghimpit kita.

Isu dalam negara berkisar dengan sendiket penipuan mengunakan nama Bank Negara untuk menipu penguna-pengguna kad kredit di Malaysia. Isu lelongan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh kerajaan pakatan Rakyat sebelum ini juga berkenaan untuk mencari wang sahaja. Begitu jugalah kisah penyeludupan dadah Ketamin yang melibatkan wang bernilai RM1.16 juta berjaya ditumpaskan pihak polis semalam di KLIA.

Luar negera juga berkisar soal wang apabila seorang wanita warga negera Jerman berjaya melelong daranya pada harga RM 47,463 di laman web bagi menidurinya. Kisah pelacuran warga Thai di Singapura juga berkisar tentang urusniaga yang melibatkan wang bagi menyara kehidupan manusia akhir zaman ini. Susan Boyle juga yang mencetus fenomena di Britain ketika ini juga telah berubah gaya penampilan dan tawaran wang turut menghimpitnya bagi menerima sogokan wang kerana berstatus dara.

Kisah hiburan di paparkan pula 'Si Miskin Slumdog yang Popular ' ingin menjual anaknya semata-mata mengejar kehidupan yang lebih sempurna. Si bapa tidak mahu populariti anaknya di Oscar hanyalah khayalan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Populariti tidak menjamin masa depan dan hakikat kehidupan sebenar mereka apabila menghuni kawasan paling daif di bumi India. Tawaran meningkat berkali-kali ganda untuk mengejar kemewahan yang diukur dengan wang sahaja.

Isu sukan juga tidak lari dengan ganjaran wang ringgit apabila pihak kerajaan Selangor bersedia untuk memberi habuan tidak kurang daripada RM15,000 jika pemain-pemainnya berjaya mengalahkan Kelantan pada malam ini. Walaupun di cerna dengan maksud lain sebagai motivasi ataupun insentif gajaran sekalipun , ianya tetap melibatkan wang . Bentuk dan rupa tetap sama .


Ini semua adalah kisah sehari yang dipaparkan di media berkenaan apa yang berlaku ketika ini di semerata dunia mahupun kisah hari ni. Persoalannya ' Adakah kehidupan anda hari ini juga menerima peluang ganjaran sebegitu rupa ?' Jika jawapan yang diberi adalah YA kerana baru sahaja menikmati gaji bulan ini daripada pekerjaan anda. Ini adalah usikan manja kerana warga kerajaan sememangnya sedang senyum lebar sahaja minggu ini. Kemewahan anda hari ini tidak kekal lama kerana kitaran itu perkara biasa yang turut berlaku kepada saya.

Kecapilah kehidupan ini tanpa membebankan rasa gelisah anda dengan persoalan kewangan setiap hari. Wang hanyalah alat untuk kita terus menikmati segala kemewahan sementara selagi mata belum tertutup rapat selamanya.

Biarkan kemewahan datang menghimpit mereka kerana saya kadang kala percaya bahawa perjalanan kita sudah diatur dengan sempurna olehnya. Janganlah pula berpeluk tubuh sambil mudah meyerah kalah , ini adalah sebahagian adat resam dunia. Berusaha adalah lebih baik daripada mengharapkan rezeki datang tergolek di depan mata.


Kesimpulannya : Mewah atau tidak bukan kerja kita !! Hidup mesti mau Gembira .

Monday, April 20, 2009

Bodohnya Si Tongga ?



Terkedu seketika petang tadi apabila FAM membuat pengumuman diluar jangka ; hasil mesyuarat seketariat FAM berkenaan perlantikan jawatan jurulatih senior pasukan Kebangsaan. Apa yang dicanangkan oleh media bertukar rupa serta merta apabila K Rajagobal di naikkan tarafnya lagi bagi memangku jawatan tertinggi itu.

Seminggu lalu pengumuman yang sama telah dibuat dengan melantik Rajagobal sebagai jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan. Bagaimanakah hasil mesyuarat itu berlangsung petang tadi agaknya. Apabila kuasa presiden adalah titah segala arahan yang berkuasa beginilah nasibnya . FAM mereka slot cerita terbaru musim ini untuk memastikan plot-plot watak skrip perjalanan bolasepak Malaysia bertambah meriah seumpama sajian rancangan realtivi tv.

Umum sedia maklum bahawa pada awalnya calon tunggal Azrai Khor Abdullah yang disebut bakal ke Wisma FAM tidak menjadi kenyataan. Beliau tidak memohon jawatan itu sejak di iklankan lagi walaupun di canangkan media bahawa terdapat 3 calon jurulatih warga tempatan. Anehnya disini apabila FAM bukan sahaja menolak calon luar tetapi mengenepikan calon warga tempatan. Adakah ini semua sandiwara terancang FAM ataupun campur tangan kuasa Presiden yang berdarah Raja ?

Rahmatnya dinikmati penyokong negeri Kedah Darulaman apabila jurulatih kesayangan tidak terlepas ke mana-mana walaupun jauh disudut hati masih sayangkan peningkatan kualiti bolasepak Malaysia. Marilah kembali menumpu kepada persiapan pasukan yang sering di senda guraukan mereka. Kemampuan untuk Kedah melakar sejarah masih terbuka luas walaupun pengendali berhajat besar untuk mencapai matlamat yang lebih besar daripada apa yang pernah dikecapinya. Bukan Ego jadi taruhan untuk memperjudikan nasib pasukan yang sudah menempah sejarah terulung Liga Malaysia. Usahlah sesekali melunturkan semangat juang sedia ada pemain Hijau Kuning selepas ini.

Apa yang perlu di lakukan oleh sebilangan peminat yang dahagakan kejayaan di pentas antarabangsa selepas ini hanyalah mengulingkan kepimpinan FAM sedia ada. Membawa usul sembah derhaka bukan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia selama ini. Masih ada jalan lain untuk menumbangkan si tongga itu dipentas demokrasi kelak. Disitulah kita memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas ini. Bukan hasutan secara politik tetapi penyelesaian secara politik sahajalah jawapan terbaik kepada kemelut FAM yang tiada penghujungnya. Bertukar kerajaan pasti bertukarlah semua corak kepimpinana sedia ada , kuasa presiden seumur hidup ini lebih cepat di gulingkan dengan segera.

Penentuan Piala FA juga bakal ke penghujungnya sabtu ini apabila pertemuan kuasa tradisi penuh sejarah lampau bertemu dengan pencabar terbaru Liga Malaysia musim ini. Selangor mahupun Kelantan mempunyai kelebihan tersendiri untuk menjulang piala pada 25 April nanti. Semoga kedua-dua pasukan menyajikan corak permainan yang lebih menghiburkan di Bukit Jalil bersama-sama sorakan emosi penyokong kedua-dua belah pihak.


* Apakah menyebarkan berita yang kurang pasti kesahihannya itu tidak digambarkan sebagai provokasi murahan? Menjaja cerita saban hari di merata ceruk tanpa mengira masa dan waktunya , akhirnya di palu dengan berita sebegitu rupa. Mungkin mereka tidak merasa apa-apa kerana roda ini masih berputar di atas rupanya. Masanya pasti tiba untuk melihat mereka menelan kembali kata-kata tanpa prejudis itu .

Bodohnya si tongga ini !!!





Saturday, April 18, 2009

Bisik-Berbisik ??

Cuti minggunan hari ni dapatlah saya meluangkan masa menjenguk kampung halaman tercinta di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda. Berjumpa rakan-rakan kampung dan sepupu sepapat yang masih menetap disana. Suasana yang masih tidak jauh berbeza sejak ditinggalkan 2 tahun lalu. Walaupun jarak rumah ke sana tidaklah mengambil masa yang lama , tetapi kesibukan kerja membataskan saya untuk menjenguk mereka.

Disinilah pernah mengejutkan satu Malaysia pada 26 Disember 2006 lalu , suasana ketika ini masih sibuk setiap pagi. Nelayan-nelayan masih meneruskan rutin seperti biasa dengan hasil tangkapan laut mereka. Selepas jam 10 pagi tadi , tangkapan semua nelayan hari ni cukup mengagumkan. Harga ikan kembung dijual pada harga RM1.40 sahaja pagi tadi. Senyuman meleret rakan sekampung membayangkan pendapatan mereka hari ni. Berkerja tidak sampai 8 jam sehari tetapi mengaut pendapatan sebanyak RM230 hari ni. Bertuahnya mereka berbanding saya.



Setelah lama menanti di pelantar ikan pagi tadi, peluang berbicara bersama sepupu selepas pulang dari laut membuka cerita-cerita semasa di kampung halaman. Tiada perubahan ketara tetapi mereka kini cukup lega dengan keadaan semasa. Mereka diberi subsidi oleh kerajaan mulai tahun ini sebanyak RM200 sebulan dan subsidi hasil tangkapan 10 sen per kilogram. Bayaran ini disediakan oleh LKIM untuk para nelayan berdaftar dengan unit perancangan LKIM daerah Kuala Muda. Sedikit sebanyak mengurangkan beban yang sedia maklum , pendapatan mereka tidak menentu setiap tahun. Hari ni tersenyum lebar tetapi belum tentu esok atau lusa.

Kecanggihan teknologi juga membantu para nelayan ketika ini, tiada lagi menarik pukat dengan kudrat empat kerat. Segalanya dilakukan dengan bantuan alat penarik pukat ; 'robot' panggilan mereka bagi alat berkenaan yang membantu pukat di naikkan ke atas bot dengan mudah. Teknologi alat pengesan ikan (GPS) di dalam dasar laut juga memberikan peluang tinggi untuk nelayan melabuhkan pukat setiap pagi. Bahagianya mereka dengan kepesatan teknologi ketika ini; tidak lagi perlu merenung bintang dilangit , mencongak hari dalam bulan islam.

Tradisi penjualan ikan secara berbisik masih diteruskan walaupun kepesatan teknologi telah lama menghimpit mereka. Keunikan yang tiada di kampung nelayan tempat lain kecuali Kg Kuala Muda. Ikan ditentukan harga dengan cara berbisik oleh para peraih untuk menentukan permintaan harga tertinggi. Pengalaman ini pernah dicuba saya ketika menunggu keputusan SPM di tahun 1998 lalu. Kadang kala agak lucu bagi mereka yang pertama kali melihat gelagat peraih menarik anda untuk berbisik harga di telinga mereka. Hari ini tradisi ini diteruskan dengan perlbagai gelagat dan cara tersendiri. Penjualan bisik berbisik cuma bagi ikan-ikan tertentu seperti bawal , pari , udang dan ikan-ikan biasa. Penjualan ikan kembung tidak lagi perlu menjalani proses ini kerana ianya cukup merumitkan. Bayangkan hasil tangkapan 500 kilogram diangkut untuk dibisik setiap kali. Purata setiap bakul jualan cumalah 8kg sahaja.

Maka harga ikan ditentukan dengan purata hasil tangkapan dan diangkut terus ke atas lori peraih. Kaedah yang kadangkala menguntungkan sebelah pihak sahaja jika hasil tangkapan terlalu banyak. Jika berpegang pada rezeki , mereka tidak mudah melatah dengan hasil tangkapan setiap hari. Pendapatan purata sehari RM50.00 sudah memadai bagi nelayan berbanding pekerja industri yang cukup tenat ketika ini.

Termenung panjang saya tadi memikirkan nasih-nasib anak kampung yang sudah pasti menghambakan diri kepada lautan luas Selat Melaka ini. Sebilangan mereka tamat persekolahan di peringkat menengah sahaja. Dahulunya yang masih hingusan ketika bermain bersama , kini sudah besar panjang malah lebih besar daripada saya. Mereka tidak boleh diajukan soalan diluar pemikiran biasa, kehidupan mereka banyak di habiskan di kampung sahaja. Isu politik , keadaan dunia jarang menjadi topik perbualan mereka. Pertalian rapat saya selalu di rungkai dengan cerita-cerita bolasepak sahaja. Itu minat dan topik bualan mereka jika bertemu saya setiap kali.




Saya bukan anak nelayan sejati , saya juga bukan anak peneroka Felda Pahang dan saya juga bukan anak pesawah tegar. Kehidupan kecil saya di penuhi dengan pelbagai kerja yang dilakukan ayahanda tercinta. Minat saya tetap ke arah kepada kehidupan nelayan , kini tiba masanya untuk saya lakukan sesuatu untuk mereka. Masanya sudah tiba untuk melihat anak-anak nelayan kampung sendiri bangkit dari belenggu jajahan pemikiran jumud mereka. Saya akan mencuba sedaya upaya membantu mereka berkeluarga dan juga berhasrat memiliki kereta idaman sendiri.

Pelaburan besar ini pasti menguntungkan kedua belah pihak, siapa lagi yang akan membantu jika bukan anak kampung sendiri. Kenapa hari ini baru ternampak peluang keemasan didepan mata. Berpendapatan RM2000 sebulan tanpa setitik peluh setiap bulan, saya bakal usahakan secepat mungkin. Peluang pelaburan yang sukar dibayangkan oleh mereka yang bekerja bersengkang mata setiap hari. Saya perlu bertindak segera !

( Bertuah kampungku : Kampung Sungai Muda , Kota Kuala Muda )

Pelaburan sebanyak RM30,000 : pulangan modal dalam tempoh 2 tahun dan menerima faedah keuntungan setiap tahun RM24,000 selama 5 tahun. Lumayan bukan ??

Friday, April 17, 2009

Football is Entertainment ??



Esok bakal ditentukan pasukan manakah yang bakal menempah laluan ke final piala FA edisi ke 20 sejak diperkenalkan pada tahun 1990. Musim ini menampilkan saingan separuh akhir yang lebih menarik berbanding kejuaaraan yang dimenangi oleh Kedah musim 2007 dan 2008 lalu. 4 pasukan teratas bakal membuat perhitungan pertama dalam merebut kejuaraan dan pengiktirafan dalam edisi Liga Malaysia tahun 2009.


Kelantan , N Sembilan , Perlis dan Selangor adalah pasukan yang menghuni tangga 4 terbaik Liga Super ketika ini berbanding Kedah yang tersingkir awal di pusingan ke-2 ditangan UPB Myteam. Masing-masing mempunyai peluang sama rata untuk merangkul kejuaraan pertama musim 2009 apabila mereka bertemu pada malam esok (18 April 2009). Kelantan yang dilabel pasukan pilihan sebelum ini menghadapi ranjau sukar apabila bertandang ke Paroi tanpa khidmat penjaga gawang berpengalaman yang di gantung oleh KAFA. Isu hooligan yang berlaku minggu lalu masih panas diperkatakan oleh peminat-peminat bolasepak tempatan. Kekurangan defesit 1 gol bukan halangan utama tetapi moral mereka sudah pasti terjejas.

Negeri Sembilan yang pernah menjulang piala ini pada 2003 sudah pasti ingin mengulanginya pada edisi kali ini. Permainan yang kosisten sejak musim lalu dibawah Wan Jamak Hassan membuka peluang untuk merebut kejuaraan kali ini. Perlawanan yang pasti menjanjikan debaran bagi kedua-dua peminat tempatan dan seluruh rakyat Malaysia apabila bakal dibawakan secara langsung oleh stesen tv tempatan.

Slot laluan ke perlawanan akhir juga bakal ditentukan antara Selangor dan Perlis di Stadium Shah Alam pada masa yang sama. Kedua-dua pasukan yang terikat di Kangar tempohari pasti juga menjanjikan kejutan dan debaran kuat peminat tempatan. Aksi-aksi keras yang ditonjolkan di Kangar tempohari sudah pasti menuntut pemain-pemain kedua-dua pasukan memberikan komitmen tinggi. Selangor sudah menjulang piala ini sebanyak 4 kali pada edisi terakhir tahun 2005. Mereka juga merupakan finalis musim lalu yang ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Perlis yang diketahui pasukan yang pernah mengegarkan pentas bolasepak tempatan pada 2004 lalu kini juga berpeluang untuk merangkul kejuaraan pertama bersama-sama juga Kelantan. Peneraju liga Super ini mula mendapat perhatian lawan sejak dikendalikan oleh Irfan Bakti semusim lalu. Barisan pemain yang diadun Irfan mula membuahkan kejayaan apabila di laluan tepat untuk mencabar sebarang kejuaraan musim ini.

Perseteruan mereka pasti menghiris luka di hati peminat-peminat bolasepak negeri Kedah musim ini . Kedah tidak lagi bersama-sama mereka mengharungi saingan separuh akhir musim ini. Kejayaan Kedah musim lalu adalah membenam 2 pasukan dalam separuh akhir edisi 2009 iaitu Perlis dan Selangor. Minat peminat-peminat negeri jelapang padi kini terarah kepada teka-teki pengganti B Sathianathan yang bakal di pikul Azrai Khor Abdullah. Inilah topik perbualan utama apabila berita ini mula tersebar di media sukan arus perdana. Rekod terbaik memimpin pasukan musim lalu dijadikan batu asas ukuran kemampuan Azrai Khor untuk mengemudi barisan pemain-pemain Kebangsaan FAM.

Walau apa pun kata sepakat yang bakal dicapai selepas ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan 4 pasukan di separuh akhir ketika ini. Keputusan sekarang sudah pasti dinilai dengan keadaan semasa dimana di kalangan 4 pasukan itulah bakal terbentuk barisan pemain Kebangsaan nanti. Percanggahan pendapat bagi pemain pasukan lain yang gagal layak ke separuh akhir hanyalah luahan emosi kecewa peminat tempatan. Begitulah sebaliknya jika persoalan ini ditimbulkan oleh peminat-peminat bolasepak negeri lain.


25 April nanti bakal menentukan pasukan manakah yang bakal menjuarai Piala FA musim ini tanpa kudrat import menunjangi pasukan berbanding kejayaan pasukan yang memenangi terdahulu. Kerancakkan Liga Malaysia bakal berterusan selepas ini yang penuh dengan kontroversi demi kontroversi melanda bolasepak Malaysia. Perseteruan mereka bakal terjawab, Kedah masih mencari arah dan formula terbaik musim ini. Isu 'kambing hitam' ciptaan FAM juga pasti menganggu tumpuan Hijau Kuning selepas ini.


Perjalanan Liga Malaysia musim ini cukup memualkan , bukan prestij kejohanan di perdebatkan tetapi isu remeh yang merimaskan hati saban hari. Kegelapan masih menyelubungi panorama bolasepak Malaysia ketika ini. Sampai bila ..........??

Sunday, April 12, 2009

SIFU DAN TONGGA



FAM masih lagi berteka-teki untuk perlantikan jurulatih senior pasukan Kebangsaan Malaysia setelah B Sathianathan dipecat awal Feb lalu. Keputusan drastik yang dibuat FAM adalah semata-mata untuk menutup malu kekalahan besar skuad negara di tangan UAE tempohari.

Perebutan di antara 3 jurulatih berkaliber tempatan kini terarah kepada pengendali Juara Treble musim lalu Kedah iaitu Azrai Khor Abdullah. Beliau ketika ini masih memimpin pasukan Kedah untuk musim yang ke 5 setelah bersama pasukan di penghujung tahun 2004. Pencapaian yang begitu cemerlang membuktikan bahawa Azrai bukan lagi calang-calang jurulatih di Malaysia. Jawatan selaku jurulatih kebangsaan sudah pasti menjadi idaman semua pihak.

Mampukah Azrai Khor mengubah rangking pasukan Malaysia apabila diberi tugas kelak ? Keadaan bolasepak Malaysia yang kian suram sejak sedekad lalu gagal di perbaiki oleh jurulatih bersilih ganti sebelum ini. Rangking Malaysia di kedudukan Dunia 161 adalah suatu penanda aras prestasi bolasepak Malaysia. Apakah keadaan ini akan kekal atau sebaliknya sudah pasti bergantung kepada peranan jurulatih yang memikul tanggungjawab selepas ini.


Kita masih tidak mengetahui status sebenar dan terma syarat yang bakal di capai antara kedua belah pihak nanti. Jika Azrai Khor menerima tugas tanpa perletakan jawatan dalam skuad negeri, itu adalah langkah bijak baginya. Jika sebaliknya sudah pasti menimbulkan seribu keraguan. Andaian kontrak diterima selama 2 tahun sekalipun jika gagal dalam perlawanan demi perlawanan mahupun gagal meningkat prestasi skuad kebangsaan ;bagaimana ya ?


Pembentukkan skuad kebangsaan memerlukan tempoh masa yang terlalu panjang bagi Malaysia untuk memperolehi skuad impian. Senarai pemain sedia ada memang berbakat tetapi bakat mereka cukup terhad. Sebagai contoh ; pemain A memiliki larian pantas tetapi lemah dalam aspek kawalan bola dan skill individu dan begitu jugalah sebaliknya pemain B mempunyai sentuhan tajam di hadapan gawang tetapi cukup lemah dari segi stamina dan kepantasan. Bagaimanakah masalah ini dapat di atasi agaknya ?


Jika Azrai Khor melangkah pergi sudah pasti tidak mengugat skuad negeri Kedah selepas ini kerana pembantu beliau sebelum ini cukup berpengalaman. Masalah lesen kejurulatihan sahaja menghalang beliau untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Azrai Khor sebenarnya. Beliaulah pengerak dan penjana taktikal terbaik yang menjadi motivasi kepada pemain. Gerak kerjanya amat bersahaja tetapi penerapan aspek-aspek kerohanian telah membawa jiwa pemain memahami erti perjuangan dalam pasukan.


Semoga Azrai Khor membuat pilihan yang tepat untuk menyahut cabaran FAM yang penuh dengan seribu misteri. Dia telah lama di puja dan dihormati rakyat negeri Kedah sebelum ini, kini tibalah masanya untuk dia mengegarkan persada bolasepak Malaysia . Semoga berjaya dengan tanggungjawab baru itu nanti walaupun cabarannya mengundang kontroversi selepas ini. Jawatan itu bukan puncak karier anda jika kembali merenung perjalanan anda selama ini.


Ingatlah tugas pertama bermula pada bulan Novenber 2009 nanti , selepas itu segalanya bergantung kepada siri-siri perlawanan persahabatan sahaja.


Selamat Maju Jaya Azrai Khor Abdullah.

Never Give Up !!!!


Syukur alhamdulillah dengan kejayaan Kedah membenam Terengganu di Stadium Sultan Mizan , Kuala Terengganu semalam. Kubu mereka tidak lagi sekebal stadium terduhulu yang diketahui bahawa struktur permukaan yang keras dan tidak rata. 3 mata dibawa pulang bersama terbang pulang ke Alor Setar untuk rangka persiapan timbal balik ke Hong Kong pula selepas ini.

Rentak kemenangan semalam bukan lagi medan ujian tetapi di simpulkan sebagai kekuatan sebenar pasukan Hijau Kuning musim ini. Perubahan formasi dan taktikal mula di terjemahkan walaupun masih merisaukan strategi sebenar pengendali. Kebijaksaan pengendali menukar senarai barisan pemain sedikit sebanyak memerangkap lawan untuk membaca taktikal semasa pasukan.

Helmi Eliza , V Thirumurugan , Shafizan Hashim, Shahrulnizam Mustapa mahupun Kyhril Muhaimeen tetap sandaran barisan utama pasukan setiap kali diturunkan. Walaupun rombakan hanya di posisi tertentu tidaklah mencacatkan rentak pasukan pasti mengundang sedikit gangguan persefahaman. Ketepikan dan abaikan kesilapan minor itu ketika melakukan hantaran. Senarai penjaring gol juga kian bertambah tanpa mengharap barisan serangan semata-mata. Itulah kelebihan sedia ada sejak mereka di gabungkan sepanjang 2 musim lalu.

Sebelum tirai pusingan pertama berlabuh penghujung May nanti , momentum kemenangan pasti dapat dijelmakan setiap perlawanan selepas ini.

31.3.09 - MSL - Pahang lawan KEDAH - menang 2-4
04.4.09 -
MSL - KEDAH lawan Kelantan - tewas 1-2
11.4.09 -
MSL - Terengganu lawan KEDAH - menang 2-0
28.4.09 -
MSL - KEDAH lawan Pahang
12.5.09 -
MSL - Penang lawan KEDAH
16.5.09 -
MSL - KEDAH lawan Perak

9 mata maksimum ini perlu di realitikan agar detik rasa peminat kembali bertaut untuk melangkah pergi ke Darulaman selepas ini. Statistik rekod kekalahan lalu juga bukan lagi rujukan terbaik musim ini memandangkan pencabar liga masih bergelut sesama sendiri. Biarkan kita terus menghuni di tangga itu kerana bergitulah cara dan gaya Kedah untuk mempertahankan kejuaraan sedia ada . Biarkan pelukan 2 piala itu terlepas pergi asalkan kejuaraan Liga Super dimiliki Kenari.

Ruang disana juga bukan lagi tempat meluah emosi sesuka hati ketika ini kerana pengunjungnya bersilih ganti. Hati yang telah lama terpaut saban hari cukup sukar untuk melupakan walaupun sedetik hari. Kemeriahan si sana diciptakan oleh mereka dan pengunjung berlatar belakang berbeza. YA !! memang benar itulah hakikat dan realiti sebenarnya. Kini biarlah giliran mereka menguasai ceruk ruang sana demi memenuhi tuntutan naluri menghamburkan kata-kata. Aku tekad untuk bertapak di rumah sendiri selepas ini. Bukan penghargaan jawatan yang dikejar selama ini apatah lagi puji-pujian melambung tinggi. Segalanya demi minat untuk merancakkan suasana saban waktu yang kadangkalanya sepi tanpa berpenghuni.

Kunjungan selepas ini cukuplah untuk meninjau infomasi yang di coretkan mereka selepas ini. Bukan ingin membawa hati duka yang dicerca sebegini tetapi merasai kehilangan kemeriahan suatu ketika yang mengamit aku pergi tanpa di paksa sesiapa . Kebebasan tetap ada batas-batas dan salurannya , itulah yang di pegang dan ditunjangi diri.

Mengundur diri tidak bererti menyerah kalah !!! Hanyalah sekadar menasihati diri sendiri untuk kembali menilai maruah dan jatidiri.





* Oh ya ..Perlawanan pembuka tirai USL berakhir dengan seri 0-0, turut mendukacitakan apabila Tusty tidak disenaraikan dalam pasukan . Entahlah mungkin dia juga masih mencari rentak dan perkhabaran juga semakin menyinsihkan diri saban hari.