Liga Super musim 2009 membuka lembaran baru dengan cara dan gayanya yang tersendiri hasil
cetusan kreatif FAM selaku badan induk bolasepak Malaysia. Umum sedia maklum dengan larangan pemain import bagi Liga Malaysia musim 2009 kali ini. Kehilangan 3 lagenda telah membawa diri masing-masing setelah tamatnya saingan terakhir piala Malaysia pada Ogos tahun lalu. Kenangan indah itu tak mungkin kembali lagi walaupun catatan sejarah telah tersemat di memori kita semua.
Kisah 3 lagenda ini masih lagi menjadi topik perbualan semasa antara kita untuk mengetahui nasib mereka seterusnya. Cornilues Bernard Huggins yang bersama Kedah sejak tahun 2004 adalah pemain import paling lama menabur jasa dan keringat bersama hijau Kuning memilih jalan untuk bersara dalam arena bolasepak ketika ini. Kesedihan dan keceriaan anak Vincentian ini dikongsi bersama sebilangan peminat untuk menceritakan suka dan duka bergelar pemain bolasepak profesional . Anda berpeluang melihat sendiri melalui sedutan klip disini :
Itulah harga yang dibayar kepada pengorbanannya menabur jasa kepada Negeri Jelapang Padi di Malaysia.
Berbeza pulak dengan rakan seperjuangannya ; Marlon Alex James yang memilih untuk mengembangkan bakatnya di penghujung usia bersama Whitecaps FC seperti mana coretan entri saya sebelum ini. Semoga dia mampu membina kerjaya cemerlang di sana dengan harapan membanggakan kita setelah mencipta kejuaraan berganda. Biarkan dia bersama angan-angan dan cita-citanya.
Nasib seterusnya adalah pemain ketiga idola peminat setia ; Nelson San Martin yang digilai seluruh peminat tempatan masih lagi mencari hala tuju untuk mengembangkan bakatnya. Setelah beraksi dengan cukup baik dan di Kedah , bakatnya kini di sisihkan satu persatu kelab lain untuk memikat hati mereka. Perkhabaran berita yang diterima mengatakan dia mencuba di Vietnam telah menemui jalan buntu setelah keputusan suasana dan persekitaran yang serba kurang baginya. Berita terkini sebelum ini mengatakan dia bakal bersama DPMM FC juga menemui kegagalan setelah kecundang memikat hati pengendali berbangsa Crotia di sana. Apakah nasib Nelson seterusnya ?? Pedulikah kita semua ... Sudah pasti tidak perlu lagi memikirkan nasib mereka kerana status dan kerakyatan mereka adalah kuota pemain import sahaja.
Permata ini sukar dicari ganti untuk pemain-pemain Kedah meneruskan aksi-aksi seterusnya dalam kancah bolasepak Malaysia. Tiada jalan terbaik untuk menyelamatkan Nelson yang serba kreatif ini untuk dimanfaatkan bersama pemain-pemain Hijau Kuning ?? Larangan yang dikuatkuasakan FAM adalah tidak membenarkan pemain import sahaja beraksi tetapi tidak menyatakan bekas pemain import berhak bersama pasukan.
Andaian mudah bagi saya, jika pihak pengurusan KFA mahupun anggota kejurulatihan mengambil sedikit pendekatan berguna kepada pemain-pemain muda Kedah. Memandangkan Nelson masih tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini dan masih mencari hala tuju bolasepaknya, adalah wajar KFA menghulurkan semula perjanjian bersama.
cetusan kreatif FAM selaku badan induk bolasepak Malaysia. Umum sedia maklum dengan larangan pemain import bagi Liga Malaysia musim 2009 kali ini. Kehilangan 3 lagenda telah membawa diri masing-masing setelah tamatnya saingan terakhir piala Malaysia pada Ogos tahun lalu. Kenangan indah itu tak mungkin kembali lagi walaupun catatan sejarah telah tersemat di memori kita semua.Kisah 3 lagenda ini masih lagi menjadi topik perbualan semasa antara kita untuk mengetahui nasib mereka seterusnya. Cornilues Bernard Huggins yang bersama Kedah sejak tahun 2004 adalah pemain import paling lama menabur jasa dan keringat bersama hijau Kuning memilih jalan untuk bersara dalam arena bolasepak ketika ini. Kesedihan dan keceriaan anak Vincentian ini dikongsi bersama sebilangan peminat untuk menceritakan suka dan duka bergelar pemain bolasepak profesional . Anda berpeluang melihat sendiri melalui sedutan klip disini :
Itulah harga yang dibayar kepada pengorbanannya menabur jasa kepada Negeri Jelapang Padi di Malaysia.
Berbeza pulak dengan rakan seperjuangannya ; Marlon Alex James yang memilih untuk mengembangkan bakatnya di penghujung usia bersama Whitecaps FC seperti mana coretan entri saya sebelum ini. Semoga dia mampu membina kerjaya cemerlang di sana dengan harapan membanggakan kita setelah mencipta kejuaraan berganda. Biarkan dia bersama angan-angan dan cita-citanya.
Nasib seterusnya adalah pemain ketiga idola peminat setia ; Nelson San Martin yang digilai seluruh peminat tempatan masih lagi mencari hala tuju untuk mengembangkan bakatnya. Setelah beraksi dengan cukup baik dan di Kedah , bakatnya kini di sisihkan satu persatu kelab lain untuk memikat hati mereka. Perkhabaran berita yang diterima mengatakan dia mencuba di Vietnam telah menemui jalan buntu setelah keputusan suasana dan persekitaran yang serba kurang baginya. Berita terkini sebelum ini mengatakan dia bakal bersama DPMM FC juga menemui kegagalan setelah kecundang memikat hati pengendali berbangsa Crotia di sana. Apakah nasib Nelson seterusnya ?? Pedulikah kita semua ... Sudah pasti tidak perlu lagi memikirkan nasib mereka kerana status dan kerakyatan mereka adalah kuota pemain import sahaja.
Permata ini sukar dicari ganti untuk pemain-pemain Kedah meneruskan aksi-aksi seterusnya dalam kancah bolasepak Malaysia. Tiada jalan terbaik untuk menyelamatkan Nelson yang serba kreatif ini untuk dimanfaatkan bersama pemain-pemain Hijau Kuning ?? Larangan yang dikuatkuasakan FAM adalah tidak membenarkan pemain import sahaja beraksi tetapi tidak menyatakan bekas pemain import berhak bersama pasukan.
Andaian mudah bagi saya, jika pihak pengurusan KFA mahupun anggota kejurulatihan mengambil sedikit pendekatan berguna kepada pemain-pemain muda Kedah. Memandangkan Nelson masih tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini dan masih mencari hala tuju bolasepaknya, adalah wajar KFA menghulurkan semula perjanjian bersama.
Apa faedahnya untuk skuad Kedah musim 2009 ??
Nelson bukan sahaja bekas pemain bolasepak negeri Kedah sahaja tetapi dia adalah icon idola dan fenenoma bolasepak kepada pemain dan peminat Hijau Kuning sendiri. Jika ditawarkan semula kontrak setimpal kepadanya untuk sama-sama berlatih dengan skuad sedia ada, ianya mampu memberi motivasi terbaik kepada pasukan. Ilmu taktikal dan corak permainannya yang menjadi aset berharga Kedah sebelum ini perlu di garap sepenuhnya. Adakah pemain tempatan tidak mahu mempergunakan sepenuhnya jika diberi peluang ke 2 ??? Pemain tempatan khususnya pemain musim lalu merasakan mereka kehilangan aura semangat bergandingan bersama-sama. Dorongan motivasi inilah yang mencetuskan kehebatan dan kegilaan Kedah musim lalu.
Kita pasti meragukan tindakan ini untuk kebaikan pemain-pemain kerana walau sehebat mana pun mereka sama-sama berlatih tetapi gagal diterjemahkan menjadi sia-sia. Bagaimana pula dengan pasukan lain yang berbelanja mendapatkan khidmat jurulatih asing ? Adakah ianya bertujuan sama dan serupa dengan harapan saya ?? Mendapatkan pemain asing bersama-sama dirasakan lebih baik dari mendapatkan jurulatih asing sebenarnya . Sebagai contoh terkini, lihatlah prestasi terkini David Becham dan pasukan AC Milan. Apakah manfaat yang diperolehi oleh pemain-pemain AC Milan ? Bezanya disini cuma keringat Nelson tidak dapat diperturunkan untuk setiap perlawanan Liga Malaysia sahaja. Manfaat lain sudah pasti cukup berharga kepada kita semua.Keputusan ini tidak sesekali menafikan kebolehan sedia ada pengendali terhebat kita , Azrai Khor Abdullah . Kedah tetap mengharapkan sentuhan ajaibnya berulang semula bagi membuktikan kejaguhan Hijau Kuning tanpa khidmat import Apakah di penghujung liga nanti , peminat kedah dapat menerima kenyataan kegagalan demi kegagalan pasukan musim ini disebabkan tanpa kudrat pemain import ? Ya ; benar sama sekali sebenarnya Kedah mengharapkan pemain import musim lalu. Kedah perlu mendapatkan semula keyakinan penyokong untuk meraih simpati mereka berkunjung ke stadium selepas ini.
Mengapakah kita perlu membiarkan permata ini menjaja harganya di semerata negara ?? Walaupun kita sudah berjaya mengilapnya menjadi terlalu bernilai kudratnya. Saya tidak memaksa tetapi coretan ini mampu mengimbau dan membuatkan anda berfikir semula. Kita lupakan sahaja dua emas hitam yang sudah berkelana itu berbanding permata berharga ini. Biarlah kita terus menagih kepakaran import ini untuk kepentingan bolasepak negeri. Sedarkah kita bahawa selama ini bolasepak juga adalah permainan yang dibawa bangsa asing ke bumi malaya sebelum merdeka. Segala yang ada di dalam 'bolasepak' ketika ini adalah ehsan warga asing termasuk kelengkapan permainan itu sendiri. Malaysia tiada mempuyai apa-apa sumbangan dalam permainan bolasepak selama ini.
Bukan saya menyayanginya , jauh sekali merindui aksinya tetapi memikirkan masa depan pemain-pemain muda Kedah selepas ini. Adakah kegemilangan lalu hanya berlaku sekali seumur hidup anda sahaja ??


No comments:
Post a Comment