Menurut apa yang diperkataan oleh Datuk Seri Dr Ibrahim Saad memang ada kewajarannya tetapi menukar menteri-menteri kabinet dalam FAM tidak dapat mengubah kerajaan itu sendiri jika masih mengekalkan perdana menteri yang sama. Adakah memperjudikan turun jatuh rangking negara setiap 4 tahun sekali. Siapa yang bermain bola sebenarnya , pemain atau barisan kabinet sedia ada ??
Segala kuasa mutlak perlu mendapat restu perdana menteri sebelum sebarang keputusan dibuat , kerajaan terbabit terpaksa membuat segala kerja mengikut arahan perdana menteri terlebih dahulu.
Tukar Kerajaan sedia adalah langkah bijak supaya pengaruh-pengaruh ini dapat dihapuskan .
Pemain tetap DERITA ,
Penyokong masih SENGSARA ,
Jurulatih cuma MB Segera !!!
Menteri tidak berani mengusulkan undi tidak percaya kecuali rakyat marhein seperti kita sahaja , jika masing-masing sayangkan bolasepak Malaysia. Memorandum setebal 1001 mukasurat yang mengumpulkan tandatangan pencinta bolasepak sahajalah jawapan terakhir yang ada. Mahukah kita ???
Derhaka dan murka pasti kembali menjadi topik percangahan utama kerana perlantikan perdana menteri ini bukan calang-calang orang biasa. Mendoakan kesejahteraan orang lain adalah budaya hidup kita , sanggupkah kita menongkah arus semata-mata kerana permainan yang mengunakan sebiji bola. Bersabarlah kita sehingga ianya mampu berfikir sepertimana kehendak kita semua.
Inilah harga pengorbanan terbesar rakyat seluruh Malaysia untuk menidakkan fitrah manusia. Malangnya kita terpaksa mengetepikan minat kerana sanjungan tertinggi pemerintah yang berdarah raja.
p/s : ampunkan tuan hamba, wahai tuanku .... Tuan hamba hanya orang biasa yang memilih sukan ini sebagai hobi utama.