Pemilik blog ini semakin terbatas masanya untuk mengemaskini rumahnya sendiri. Maka masa yang terluang seketika ini di gunakan secukupnya untuk membuang sawang-sawang lelabah yang mula melekat di sini.
Bukan itu sahaja , nama blog ini juga turut di tukar dari http://ninja-san.blogspot.com kepada http://simpleissignoftruth.blogspot.com berkuatkuasa serta merta tanpa notis.
Blog ini pada awalnya untuk kegunaan pemiliknya meluahkan rasa di kepala berkenaan BOLASEPAK di Kedah dan Malaysia serta isu-isu yang difikirkan sesuai. Kini menjadi tempat persinggahan sementara untuk pautan ke blog-blog rakan yang lain sahaja.
Kesimpulan mudah : Orang nak buat BLOG , kita pun nak ada Blog !! Kan dah terbongkang ..
Memang benar Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 tetapi kebanyakkan pentadbirnya lebih berusia dari tamadun kerajaan Rom. Kadang kala keputusan yang dibuat oleh mereka penuh dengan kontroversi dan jelik pada pandangan umum. Ingatkah anda tentang larangan penggunaan pemain import pada tahun 1999-2001? Seterusnya berulang kembali pada tahun 2009 hingga belum tahu ‘tempoh’ kesudahannya hingga ke hari ini.
Kisah gelaran kejuaraan Kedah memenangi treble mungkin sudah lama berlalu. Namun kisah mutu pengadilan di Malaysia jauh lebih lama untuk di perdebatkan oleh kita . Jika ada yang cuba membandingkan gaji tahunan pengadil Liga Perdana Inggeris dan Malaysia , sudah pasti bagai langit dan bumi, begitu jugalah penilaian terhadap kedua-dua kualiti pengadilan antara di Malaysia dan Eropah. Apakah disebabkan oleh gaji yang tidak sepadan membuatkan kualiti pengadilan di Malaysia tidak perlu setaraf Eropah? Apakah kualitinya begitu kerana mereka sudah cukup muak untuk mengadili setiap perlawanan Liga Malaysia? Layanan pengadilan mereka sebegitu disebabkan gaji yang sedikit ? Atau mereka sebenarnya hanya menjual permainan? ... Sama-sama kita fikirkan!
Pengadil yang kononnya sudah di iktiraf oleh FIFA ini sebenarnya mengadili setiap perlawanan dengan emosi marah semata-mata. Mereka mengadili setiap perlawanan dengan cara dan emosi tersendiri tanpa berfikiran waras terhadap kreditibili pengadilan itu sendiri . Bagaimana organisasi yang merupakan kerajaan bolasepak Malaysia seperti FAM membiarkan keadaan ini terjadi sejak musim bermusim ? Malah terdapat pengadil yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam perlawanan seperti ‘“Pukimak hang! .. main sudah laaa” kepada pemain. (saya sedia maklum bahawa dia adalah seorang anggota Polis ) Oh bila bercakap berkenaan Polis, masihkah anda ingat insiden yang berlaku pada tahun 2007 lalu di mana seorang polis yang mengadili perlawanan bolasepak tempatan di Johor telah mengeluarkan kad merah, kemudian sepucuk pistol?
Pada awal pembukaan musim 2010, Pengadil perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja telah tersalah melayangkan kad kepada pemain yang menyebabkan berlakunya kemarahan luar biasa peminat pada malam tersebut. Aksi tersebut menyebabkan permainan terhenti selama 20 minit . Begitu jugalah apa yang terjadi dalam pengadilan perlawanan Pasukan Simpanan Kedah dengan Shahzan Muda di Sg Petani tempoh hari. Kad merah di layangkan kepada seorang pemain yang dikatakan cuba melengahkan permainan ketika mengambil lontaran masuk ke padang. Apabila pemain berkenaan sudah keluar dari padang, beliau dibenarkan bermain semula oleh pengadil. Jelik bukan? Apabila kad merah sudah dilayangkan, bagaimana seorang pemain dapat dimasukkan semula setelah pemain terbabit di usir keluar padang?
Bagaimana pula dengan insiden yang telah berlaku kepada Azlan Ismail yang di gantung 7 perlawanan beserta denda RM4000 ketika aksi bertemu ATM dalam perlawanan Piala FA yang lalu. Menurut laporan 3 pengadil (pengadil utama dan 2 linesman/pembantu pengadil) telah di beritahu bahawa Azlan ada mengatakan “Lu punya pasal , gua kena gantung “. Lihatlah bagaimana pembantu pengadil yang berada di tepi padang arah bertentangan mampu mendengar ucapan sedemikan di sebalik keriuhan suara penonton pada malam berkenaan. Sudah jelas ketiga-tiga pengadil bersekongkol menghasilkan laporan yang sama demi menjatuhkan Azlan Ismail. Jika benar dia mendengar ,SAH di bukan spesis manusia biasa seperti kita.
Seterusnya adalah insiden Ahmad Sobri yang mengamuk menyerang pengadil sejurus selepas perlawanan dengan Negeri Sembilan, ramai yang mempertikaikan perbuatannya. Sungguh aneh apabila pengadil berkenaan telah melaporkan bahawa dia telah di pukul oleh Ahmad Sobri pada malam berkenaan dan meninggalkan bekas lebam lurus di bahagian rusuk? Saya tidak faham , mungkin ada sesiapa yang dapat jelaskan kepada saya. Pukulan bagaimana ianya dibuat? Tendangan? Siku? Guna Kepala? Lutut? Disebabkan insiden dan laporan palsu tersebut Ahmad Sobri turut di denda sebanyak RM8000 serta di larang berada di bangku simpanan untuk 12 perlawanan.
Semua yang hadir malam itu bukannya buta , mereka dapat melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Ketika Shukor Adan melakukan terjahan keras kepada Fadly Baharum, pengadil mengatakan bahawa keadaan permukaan yang licin ketika itu (hujan) bukan kerana terjahan . Akan tetapi ketika Shafizan Hashim cuba mengelonsor mendapatkan bola dalam situasi berkenaan, pengadil mengatakan sebaliknya. Adakah hujan hanya turun pada bahagian tertentu padang? Adakah bila hujan tempat-tempat tertentu sahaja yang basah? Akhirnya kad merah di layangkan tanpa usul periksa serta banyak lagi aksi lain yang perlu dipertikaikan (seperti bola terkena tangan, offside). Inilah yang menimbulkan kemarahan peminat yang hadir di stadium malam itu.
Akibat dari insiden berkenaan , penonton telah berkumpul di luar stadium sebaik tamat perlawanan bagi mengambarkan betapa lemah dan rapuhnya mutu pengadilan di Malaysia. Wan Jamak menyatakan pengadil adalah entity yang paling mengetahui apa yang terjadi di dalam padang ketika diwawancara selepas itu. Tetapi adakah kenyataan beliau itu benar? Adakah kerana pasukannya menang dan dapat menjaringkan gol?
Taraf mutu pengadilan di Malaysia semakin jatuh tiada kesudahannya . Pada ketika ini semua pengadilan boleh dikatakan sebagai tidak mencapai mutu dan kualiti yang di harapkan. Mutu pengadilan sudah jauh tersimpang dari apa yang diharapkan oleh semua peminat tempatan. Mereka lebih melihat realiti sebenar apa yang terjadi di depan mata. Komisyener perlawanan juga tidak banyak membantu dalam keadaan ini, menuruti segala apa yang dilaporkan oleh pengadil utama di tengah padang. Adakah ini kualiti sebenar yang berlaku sehinggalah ianya berpanjangan sebegitu rupa.
Tahukah anda ? Segala tindak tanduk pengadil selama ini sering dipersoalkan. Selepas apa yang berlaku, jika FAM masih lagi berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang tindakan susulan kepada mana-mana pengadil secara langsung. Benarlah telahan saya bahawa pengadil di Malaysia hanya tangkap muat untuk mengadili perlawanan yang di anggap bertaraf professional. Kita memahami setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ini kerana kita sedia maklum pengadil ini bukannya Malaikat yang di ambil oleh FAM dari Syurga. Mereka juga manusia biasa seperti kita juga, cuma mereka di latih untuk memililki kemahiran untuk menilai prestasi dan mengadili perlawanan bolasepak. Apa yang dipersoalkan hanyalah keputusan yang sering berlawanan dengan perkataan ‘adil’ itu sendiri.
Sesungguhnya FAM memerlukan teguran dari pencinta bolasepak tempatan. Teguran dan kritikan sebegini semata-mata untuk memastikan tujuan dan asas bolasepak yang diperkenalkan oleh FIFA dapat dimartabatkan setiap kali bendera “FIFA Fair Play” dibawa masuk ke dalam padang.
artikel asal : http://www.jeebsion.com/blog/?p=930
Kecelaruan Penyokong Punca Sokongan Merosot : Pemerhati Pasukan
Kanoha, 10 Mac (Tak Ada Nama) -- Masalah kecederaan pemain yang sudah diketahui sebelum perlawanan menentang ATM semalam gagal memuaskan hati sesetengah peminat bolasepak Negeri Kedah . Senarai 23 pemain sedia ada yang mengalami kecederaan adalah ketua pasukan Victor Andrag, Khyril Muhymeen, Shahrulnizam Mustapa, Fazliata Taib, Ahmad Fauzi Shaari serta terbaru adalah Saramsak Kram.
Keadaan pasukan bertambah rumit apabila penjaring terbanyak Kedah ketika ini iaitu Azlan Ismail turut di layangkan kad merah pada perlawanan semalam. Apa yang merisaukan kini telah menjadi igaun buruk peminat setelah tewas kepada Selangor sabtu lalu.
Inilah sebab utama kecelaruan yang menghantui peminat untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan . Laungan semangat mahupun motto peminat tidak lagi dipedulikan demi memenuhi tuntutan marah yang begitu membuak-buak.
Ianya bertambah parah apabila pasokan gagal bertukar menjadi Kesatria Baja Hitam dalam perlawanan semalam sebaliknya masih mengekalkan tradisi watak burung dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Stadium Darulaman.
Jika pasokan berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan gol berderet-deret tanpa bolos serta aksi akrobatik sehebat pemain tersohor, keadaan ini pasti tidak berlaku. Peminat merasakan seolah-olah begitu terhina sekali dengan status dan martabat mereka sebagai penyokong pasokan negeri Kedah.
Desakan untuk memecat jurulatih sudah kuat kedengaran di pelosok negeri Kedah sehinggalah terjadi peristiwa di Stadium selepas perlawanan .
Segalanya-galanya tampak mudah bagi penyokong ketika ini , tindakan memecat jurulatih sudah pasti kembali membawa pasokan menjuarai semua piala yang dipertandingkan musim ini malah mampu menukarkan corak permainan pasokan bertaraf dunia.
Perlawanan seterusnya menentang pasokan Negeri Sembilan bakal di jadikan ukuran terakhir peminat untuk melihat sejauh mana kemampuan pasokan sendiri memuaskan hati mereka . Andai keputusan tidak lagi berpihak kepada mereka , maka pasukan Kedah bakal di label pasukan hingusan dan tidak layak di hormati.
Peminat mahupun penonton tegar seolah-olah terlupa dengan apa yang pernah mereka lalui musim-musim lalu. Kejayaan silam masih lagi bermain-main di benak fikiran mereka walaupun sudah 2 tahun berlalu tanpa sebarang berita . Pengendali terdahulu sebelum ini mengambil masa 2 tahun dari 2005 hingga 2009 untuk menempa kejayaan treble 07/08 kepada pasukan setelah melakukan beberapa perubahan dalam mencari formula terbaik berkenaan. Kejayaan ketika itu juga tidak kurang dengan berita kontroversi demi kontroversi di dedahkan kepada peminat tempatan.
Jurulatih yang baru memegang jawatan tidak lebih dari 4 bulan sudah di berikan kad kuning ke 2 kepadanya . Kekasaran yang dilakukannya telah menyentuh emosi penonton malah tidak mustahil perlawanan akan datang bakal di layangkan kad merah serta turut dikenakan tindakan pergantungan serta merta tanpa sebarang rayuan. keh keh keh ..
Kecelaruan ini tidak akan terhenti selagi mereka tidak dapat melupakan tragedi ay.am-ay.am pasokan yang di ratah Gergasi Merah seminggu lalu.
Benarlah kata ehem-ehem ' Biar takdo piala ,Asalkan dapat menewaskan Selangor ' .. maka tamatlah sudah misi dan objektif pasukan Kedah di mata peminat bagi musim 2010 ini.