Bolasepak Malaysia umpama cerita hidustan ? Malah ada yang beranggapan sedemikian apabila pasukan yang di minati mengalami kekalahan pada pusingan awal liga yang sedang berlangsung. Tidak hairan jika sikap ‘taboo’ kita terhadap filem Hindustan terbawa-bawa dalam sukan bolasepak.
Liga Super 2010 adalah edisi ke 7 sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Juara saling bertukar baton apabila 5 pasukan seperti Pahang , Negeri Sembilan, Perlis (2x), Kedah (2x) dan terbaru Selangor sudah mengecapi nikmatnya. Perjalanan Liga Super sudah mengalami pelbagai cerita dan ragam yang kurang enak untuk didengar daripada bercakap soal kegemilangan dan prestij kejohanan ini.
Berbalik soal KEDAH , detik-detik sukar telah ditempuhi sejak awal liga super diperkenalkan sehinggalah berjaya dinobatkan selaku Juara Berganda pada musim 06/07 dan 07/08. Kini kitaran roda kejayaan itu kian menjauhi pasukan apabila berlaku sedikit demi sedikit perubahan dalam senarai pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.
Selaku peminat , tiada apa perubahan ketara yang perlu di tokok tambah kecuali berpaksikan minat sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan negeri kelahiran sendiri iaitu Negeri Kedah Darulaman. Rintihan dan keluhan peminat hanyalah ingin kemenangan demi kemenangan saban musim tanpa berkompromi dengan masalah lain yang perlu di fikirkan.
Musim 2010 kembali menguji tahap sokongan dan minat penyokong samada terus mengunjungi Stadium Darulaman atau sebaliknya. Penilaian sokongan sudah pasti di ukur dengan kekerapan mengunjungi stadium daripada membuat penilaian tahap sokongan yang lain. Disinilah aspek moral pemain dapat di lonjakkan ke tahap yang terbaik dalam sesuatu perlawanan. Adakah bermain di stadium kosong tanpa peminat mampu meningkat moral para pemain ? Janggal dan pelik bukan untuk menjadikan sesebuah pasukan dilabel hebat dan handal tanpa sokongan peminat sendiri.
Jika musim lalu peminat disajikan dengan aksi hambar pemain tempatan serba tempang , tidak mustahil episod sama bakal berulang. Kemeriahan tidak terletak atas faktor import semata-mata kerana pasukan lain berjaya menghidupkan suasana meriah di stadium setiap perlawanan. Kedah bagaikan hilang aura untuk menarik minat penyokong bertandang ke stadium. Kehendak mereka sukar dibaca walaupun ianya bukan x-factor yang menentukan jatuh bangun pasukan. Sekurang-kurangnya aspek ini perlu dititik beratkan untuk menampung kantung persatuan sendiri.
Semoga cerita yang bakal dipaparkan dalam ‘filem 2010’ ini tidak akan mengecewakan peminat apabila slot tayangan wajibnya bakal berakhir Jun 2010 nanti. Sudah 2 musim Stadium Darulaman mencecah kutipan box office hasil ramuan pelakon-pelakon yang begitu berbakat dalam menghayati watak masing-masing. Cerita musim ini pasti mengekalkan watak hero yang sama tetapi berlaku sedikit olahan skrip dari pengarahnya. Tiada jaminan mutlak terpacul dari mulut penerbit untuk mengesahkan ‘filem 2010’ kembali pecah panggung.
Andalah penentu sebenarnya dalam memastikan tayangan ini BERJAYA atau tidak .. Tepuk Dada ..Kenapa perlu tanya kepada selera ? Bukankah ini sajian rutin kita saban musim ??. Jangan hanya tahu memuja barisan para pelakonnya sahaja jika jalan ceritanya cukup membosankan.
Selamat Menonton..

