Semoga kalian dapat berblogger dengan berhemah selepas ini. Sudahlah tidak dapat perkhidmatan internet yang diharapkan sebelum ini di tambah lagi derita berpanjangan.
Rosak motherboard ka ? Rosak LCD ka ? atau memang laptop yang menjadi teman setia sebelum ini merajuk teruih. Mungkin ambik masa setahun pulak untuk kembali seperti biasa.
Salam buat Semua !!! Penulisan anda tetap dibaca oleh saya selepas ini.
Sejak entri ini ditulis , genap 2 minggu saya mendaftar talian untuk perkhidmatan internet Streamyx. Apalah nasib malang kali ini kerana masih lagi tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Keadaan kawasan perumahan yang masih baru mengundang pelbagai ragam dan masalah.
Pemaju menyatakan telah menyediakan sambungan soket telefon telah siap tersedia dirumah masing-masing. Pihak Sub-kontrak yang melakukan pendawaian wayar telefon juga berkata sedemikian . Pihak TM tidak menyambung talian internet kerana alamat yang diberikan tiada dalam sistem mereka.Sudah pastilah tiada lagi dalam sistem kerana rumah saya baru diduduki tidak sampai 2 bulan.
Kemana lagi saya hendak mengadu masalah ini ? Pening , buntu , kusut , mati kutu dibuatnya saban hari. Kerja-kerja pejabat juga terpaksa dipindahkan ke pendrive dan terpaksa masuk ke pejabat setiap hari. Bulan puasa yang mengajar seribu kesabaran.
Akhirnya masalah saya terlerai seketika apabila gambar diatas ini membantu menyelesaikan sementara. Disinilah menjadi port sementara untuk segala kerja-kerja harian pejabat dan dapatlah saya melayari laman blog dan bersosial semula.. hehehehe ..
Pemilik kedai ini berjaya memenuhi impian saya walaupun bil bulanan TM ditanggungnya seorang diri. Mamak Stall ini yang terletak dalam kawasan perumahan saya di Sg Dua ini adalah satu-satunya kedai yang menyediakan perkhidmatan WIFI secara percuma berserta plug untuk aliran elektrik kepada pc saya. Hahahaha .. Syukur Alhamdulillah kerana pemilik kedai ini amat bermurah hati walaupun saya pasti selepas ini sayalah orang pertama yang menjadi pelanggan WIFI setianya selepas ini.. hehehehe ..
Kawasan kedai ini jarang dipenuhi remaja kaki sesawang kecuali peminat bolasepak EPL setiap minggu sahaja. 2 TV plasma yang sediakan sering mengamit kaki bola bersama-sama menikmati sukan kegemaran mereka. Tak kisahlah apa pun selepas ini, sekurang-kurangnya masalah saya sudah diatasi.
Oh ya ! jika anda ke sini suatu hari nanti , insyaallah saya akan menjemput anda menikmati teh tarik di kedai ini. Menu lain yang menyelerakan anak tekak saya sebelum ini adalah Roti Bengali Telur bersama kuah dal , Sup Ekor special serta roti tisu keretapi.. hahaha ..
Sg Dua juga terkenal dengan dengan resepi Mee Udang Pak Ngah yang sering dipenuhi pelanggan yang melalui kawasan ini. Siapa tahu sedikit masa lagi , ALI SPK CAFÉ ini mampu menjadi tarikan utama kepada anda untuk ke Sg Dua selepas ini.. Hehehehe ..!!