Monday, August 31, 2009

Saya Memang Malas



Assalamualaikum kepada seluruh rakan blogger serta salam Ramadan bagi seluruh umat islam di Malaysia yang menunaikan ibadah puasa pada hari ini. Rindunya saya kepada dunia jalur lebar ini apabila terputus sambungan untuk menatap pelbagai cerita dan wajah dunia tanpa sempadan ini.


Berikut Dalil-Dalil mengapa saya jarang online :


1. PINDAH RUMAH


Pada awal June lalu sehingga pada 26 Julai lalu, aktiviti seharian cukup sibuk dalam aktiviti pemindahan ke rumah sendiri di Taman Merbau Indah, Sg Dua Butterworth. Setelah hampir 2 tahun menyewa, akhirnya saya mampu memiliki rumah sendiri walaupun dianggap ‘sarang burung merpati ‘ oleh sesetengah rakan. Kerja-kerja pengubahsuaian serta pemasangan keperluan asas selesai pada July lalu. Sepertima gembiranya hati melangkah ke rumah baru , sebegitu jugalah poket menguntum senyum untuk memastikan rumah dalam keadaan sempurna. Bermula dari kerja pemasangan grill pintu dan tingkap, pendawaian lampu dan kipas serta sedikit perubahan di ruang dapur. Akhir sekali kerja-kerja mengecat rumah yang tak ubah seperti Taska. Hehehehe ..


2. BAKAL bergelar PAPA ? Ayah atau mungkin ABAH ?



Syukur Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga, penantian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata untuk menceriakan kehidupan seharian. Isteri sudah memasuki minggu ke 22 pada minggu ini memerlukan perhatian yang lebih dari biasa . Alahan serta kekurangan pengalaman dalam menghadapi situasi sebegini mengundang pelbagai ragam dan cerita dalam menghadapinya. Sebelum ini aktiviti malam kerap diluahkan dihadapan komputer tetapi kini tumpuan terpaksa dilebihkan kepada isteri tercinta. Hehehehe …


3. Talian Internet Terputus ?


Dalil paling kuat alasan dan sebab musababnya apabila berpindah ke rumah baru. Sebelum ini mengunakan perkhidmatan broadband Celcom sahaja. Kawasan rumah baru yang jarakanya 3 kilometer dari rumah sewa telah menggangu talian internet saya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menutup akaun Celcom dan beralih kepada perkhidmatan Streamyx. Ku sangka lebih mudah apabila bertukar perkhidmatan ini , rupa-rupanya lebih merumitkan keadaan. Pihak TM perlu menyediakan talian telefon sepenuhnya ke kawasan perumahan ini serta memerlukan sedikit masa dalam kerja-kerja penyambungan talian. Pihak TM perlu merujuk kepada pemaju dalam penyedian dokumen tertentu sebelum talian di sediakan. Entah sampai bila saya harus menunggu sehingga masalah ini selesai. Semalam sudah meninjau perkhidmatan P1 Wimax sebagai jalan pintas sebelum menunggu pihak TM menyambung talian. P1 Wimax hanya menyediakan perkhidmatan di kawasan Perda, Seberang Jaya serta Raja Uda sahaja buat ketika ini. Apa lagi perkhidmatan yang boleh di harapkan ?? Terpaksalah melupakan seketika aktiviti forum serta meninja blog tempatan.


Semoga kalian meneruskan coretan setiap hari , sudah pasti saya akan kembali sedikit masa lagi . Salam kerinduan buat semua rakan . Sesungguhnya walau apapun seribu alasan yang diberikan , saya semenagnya dapatlah dikategorikan sebagai blogger yang pemalas berbanding anda.


# Terima Kasih kepada Tuan Fakur kerana mengingatkan saya … bahana cemuih hanyalah ciptaan ilusi semata-mata. Biarkan mereka bertempek sorak dengan cara dan sebegitu rupa kerana kegemilangan Hokage ke 7 sudah sampai ke pnghujungnya. Ruang itu menceritakan segalanya tentang siapa Hokage ke 7 sebenarnya !!! Hahahahaha …