2. N. Sembilan
3. Kelantan
4. Terengganu
5. Perlis
6. Kedah
7. Johor FC
8. KL Plus
9. T-Team
10.Perak
11.P.Pinang
12.Johor
13.Kuala Lumpur
14.Pahang
Walaupun hanya melihat perlawanan persahabatan sebagai ukuran tanpa kelibat 3 bintang utama , senarai pemain KEDAH sedia ada masih tidak berupaya untuk menghadiahkan kejuaraan musim 2010. Masih banyak ruang kelemahan serupa yang perlu di perbaiki sambil mengharapkan perubahan ketara dalam corak permainan pasukan. Jika musim lalu peminat muak @ cemuih dengan corak hantaran bola lambung yang di terapkan pengendali musim lepas. TIDAK MUSTAHIL taktikal serupa bakal berulang-ulang kali di persembahkan kepada anda. Sasaran kritikan pasti tertumpu kepada Ahmad Yusof yang memikul beban besar musim ini. Dia bukan sahaja perlu mengekalkan prestasi musim lalu malah perlu mengembalikan sekurang-kurangnya 1 piala ke bumi tanah jelapang padi.
Bagi perebutan LIGA SUPER sebagai perbandingan mudah ; 7 kekalahan , 2 seri dan 17 kemenangan telah meletakkan KEDAH di tangga ke 3 carta Liga Super 2009. Rekod kekalahan KEDAH masih tertumpu kepada pasukan sama musim ini iaitu Selangor , Kelantan , Perlis , Johor FC dan N Sembilan. Ancaman musim 2010 lebih besar apabila Kedah bakal berhadapan dengan K Lumpur , T-Team mahupun KL Plus. Pasukan juga sebenarnya tidak mudah untuk menewaskan Penang, Perak dan Terengganu dalam persaingan musim lalu.
Misi besar penyokong tegar Hijau Kuning sudah pasti mengharapkan pasukan kembali mengegar persada Liga M musim 2010. Peminat mula berpijak dibumi nyata bahawa kemenangan berganda lalu sukar di gapai kembali walaupun 85% adalah pemain yang sama menjulang kejuaraan treble berganda itu. Kemasukan pemain baru mungkin sedikit sebanyak dapat menampung kelemahan pasukan tetapi kita juga tidak perlu leka bahawa pasukan lain turut berbuat demikian dalam memantapkan pasukan. Selangor dan Kelantan di lihat semakin ghairah untuk sama-sama mencipta kejayaan yang di miliki kita. Pasukan lain turut memperkasakan pasukan apabila berlaku longgokan pemain dalam pasaran akibat penarikan diri My Team , KM Naza , Proton FC dan ????? .
Pemain Liga M musim depan tetap dibarisi muka sama walaupun bertukar pasukan . Tiada nama-nama baru yang bakal muncul apabila FAM memansuhkan syarat kuota pemain bawah 20 tahun dalam setiap kesebelasan utama. Di pihak KEDAH , peluang Farizal Abu Bakar , Irfan dan Rozaidi agak terbatas untuk menyerlah kerana posisi ini sudah dibarisi pemain-pemain sedia ada. Posisi penjaga gol masih berpihak kepada Helmi Eliza @ Abdul Hadi musim depan. Barisan pertahanan pula tidak mengalami perubahan radikal apabila masih dibarisi tonggak musim lalu. Kemasukan seorang pemain baru dari Shahzan Muda tidak banyak mengubah rentak dan persefahaman dibahagian pertahanan. Posisi tengah juga masih selamat buat Paklong , Arul dan Sabree Abu yang bakal mengambil giliran untuk di turunkan dalam setiap perlawanan. Posisi sayap juga tidak mengalami perubahan ketara apabila Khyril , Badrul , Fadly dan Faizal Abu Bakar bakal bertukar ganti. Manakala posisi penyerang inilah yang bakal menentukan jumlah jaringan dan untung nasib pasukan KEDAH musim hadapan. Adakah episod ketandusan gol bakal berulang atau bakal muncul penjaring gol prolifik pasukan ? Sandaran besar sudah pasti diletakkan kepada Azlan Ismail dan Zambri Chin untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin dan Kedah bakal di nobatkan sebagai pemenang dalam setiap perlawanan. Kudrat Farizal Rozali , Saramsak dan Syafik Jamal hanya diperlukan apabila berlaku kecederaan kepada rangkaian penyerang utama.
Saya masih mengharapkan sedikit kelainan dalam corak permainan KEDAH musim depan supaya pasukan lawan terperangkap dengan andaian mereka sendiri. Semoga Coach Ahmad Yusof juga tidak menurunkan pemain yang sama dalam setiap perlawanan KEDAH musim depan sambil mengkaji sedikit taktikal setiap pasukan lawan selepas ini. Andaian saya mudah , kesebelasan utama pasukan menentang Kelantan tidak SAMA dengan kesebelasan utama menentang Selangor. Guna pakai taktikal 4-4-2 atau apa saja sekalipun , bila berhadapan Selangor nanti , saya dan seluruh peminat yang lain hanya mengharapkan KEMENANGAN bukan sekadar SERI malah jauh sekali kekalahan yang memalukan di laman sendiri ataupun di kandang lawan.
Buat peminat setia Hijau Kuning musim 2010 , jika anda mengimpikan corak permainan ala Chelsea , serangan pantas ala Livepool ataupun serangan balas ala Manchester United dalam pasukan KEDAH musim ini.. Lupakan ... Lupakan ... kerana apa yang bakal di sajikan KEDAH musim ini masih ditakuk lama . Sokongan anda tetap sebahagian daripada kejayaaan yang bakal di cipta KEDAH musim 2010. Mood sokongan anda bakal terhenti seketika apabila masing-masing bakal tertumpu di Johannesburg pada pertengahan Jun dan Julai musim hadapan.
Akhir kata ..Selamat Maju Jaya Hijau Kuning 2010 !!! Jasa Jadi Kenangan .. Jangan diBIARkan ...
* carta 14 pasukan diatas berdasarkan rangking musim lalu bukan rangking akan datang . Saya tidak pandai meramal tetapi berdasarkan prestasi semasa tidak mustahil Kedah bakal kekal di tanggai ke 6 musim hadapan.



