Monday, August 29, 2011

Akhirnya Genap Setahun

Salam ..

Akhirnya genap setahun blog ni bersarang labah-labah tidak berpenghuni dan apatah lagi untuk dikunjungi. Tuan blog masih hidup tapi blog ni ja yang usang . Kah Kah Kah ...

Akhirnya genap setahun bisnes Santan aku beroperasi dengan jayanya . Syukran .. Jualan tahun ni cukup memberangsangkan walaupun bakal gulung tikar akibat masalah stok dan tapak yang bakal di rembat tuan empunya tanah.

Akhir Kata dari Aku

Aku tidak meminta maaf apa apa
kerana apa yang ditulis itulah yang diertikan
apa yang kami lakar itulah kami maknakan
apa yang kami coret itulah yang kami maksudkan
tidak pernah salah lapor
tidak pernah berita palsu
hanya aku ingin mencuba meneroka pembahruan

jika apa yang aku tulis menjadikan kebencian
jika apa yang aku tulis menimbulkan kejijikan
jika apa yang aku lakar menjadikan kemarahan
aku cadangkan sila minum air sejuk
kalau marah tidak hilang hantuk kan kepala ke dinding jamban

jika masih belum hilang
sila berketum dan khayalkan bik mama
jamin tak marah lagi kah kah kah

justeru terima lah hakikat
aku wujud
terimalah hakikat 
adalah sebahagian dari dunia siber




Thursday, August 12, 2010

Akhirnya ... Tapak Dah Jumpa

Salam ramadan kepada sesiapa yang membaca blog ini dalam bulan Ramadan tahun ini ..hehehehe !!! Setelah hampir 4 bulan mencari tapak dan angan-angan mat jenin ku  tercapai jua.





Untung Sabut timbul ...Untung Santan InsyaALLAH sekilo RM8.00 ...hehehehehe ..!!!

Thursday, April 22, 2010

CARI TAPAK ?? ( part 1 )





+
+

=





Dimana tapak ? Kita nak buka ?
Bukan di Setapak ..Mungkin di Gombak ..

Di Sg Dua ler ...!! : p




Doakan kejayaan saya ..!! amin

Monday, April 12, 2010

FAKAP : Everyone have story to tell ??

Salam buek pelayar sesat kek sini ..

Semalam den pegi tengok bola kek Bukit Jalil nuh .. best tak terkiro lah sobab dapek hadioh . Orang lain pon pogi juo tapi tak dapek bawa balik apo-apo .. hehehehe ..

Jumaat 10.00 pm : Den lepak rumah , sessi pecah otak bersamo isteri den samado nak pegi ke tidak ke Bukit Jalil.

Jumaat 11.00pm : Semasa dalam keto nak gi kampung den kek Kualo Mudo , den dongar DJ Radio Kodah sibuk cito kemeriahan final dalam tema Hijau Kuning : Dulu, Kini dan Selamonya .. Den jadi teruja nak bersamo-samo jang-jang yang lain jugo.

Sabtu : 1.00 am : Keputusan sebulat suaro den dan isteri den , mako bersamo-samo anak den yang kocik 2 bulan 14 hari tu den bawo juo naik bas ke Bukit Jalil. Tapi anak den bersamo omaknya bakal di R&R kan kek umah akak den di Subang Jayo. Bertolak lah den seramai 36 orang ke Bukit Jalil dengan semangat kualo muda .. Tenanan katonyo ..  Anok-anok nelayan kualo mudo sanggup ketepikan wang bantuan subsidi pada esok harinya semato-mato nak memeriahkan bahang final. Banyak tu jang RM200 , ekau tak ambik duit peruntukkan kerajaan 1Malaysio tu.


Sabtu 2.40 am : Rombongan den tibo kek hentian Bukit Merah untuk sessi buang ayor serta membeli bekalan cekedi dalam bas . Sempat juo den jumpa rakan-rakan yang lain tibo bersamo-samo rombongan jang yang lain. Masing-masing lepak makan isi perut yang makan tak konyang , mandi cukup susah kat R&R Sg Buluh.


Sabtu 5.50 am : Setelah melayan Adnan Sempit yang very der tu dalam bas , sampai juo rombongan den kat Hentian Jejantas Sg Buluh untuk sessi segar badan dan minum pagi . Budak-budak kualo mudo ni bukannya reti makan roti pagi-pagi, di sosaknya nasi lomak seorang 4 bungkuih . Pening den dengan gelagat ekau , memalukan orang sebelah meja je. Masa sampai tu , hujan pun lebat juo , anak den yang nyonyak tidur pun kesejukkan sudah ditransfer ke keto akak ipar den yang sedio menanti sejak pukol 5 laie.


Sabtu 9.40 am : Rombongan den menyerbu KLCC di pagi-pagi buto , hairan amoi KLCC yang masih mamai tengah nak open business tu . Anok-anok hantu ni dah penuhkan kedai sukan dio .. Har har har .. lepas satu barang ke satu barang , ekau pegang ..belinyo tidak juo . Ahli rombongan lain ada jugo yang masuk Petrosains KLCC tuh , katonya nak mengembaro di usia tuo . Ini mesti kes maso budak-budak dulu tak sempat join rombongan sekolah lah tu. Hehehehe .. Den pulak lepak kat luar je sambil dok lihat pekerja-pekerja bangla membersihkan kolam air pancut KLCC tu . Sempat juo den snap gambar sekeping duo buek kenangan walaupun KLCC ni lah tompat den berdating dulu .. Hehehehe ..


Sabtu 12.00 pm : Rombongan ke Muzium Negara pulok , masing-masing turun la macam budak sekolah berbaris-baris pergi masuk muzium tengok pameran Keranda di Malaysia. Den layan 4 batang dunhill je bawah pokok kek tepi muzium tu. Bukan den tak berminat nak melawat kek dalam tuh tapi den udah tahu apa isi yang ado kek dalam tu. Melayu cukup teujo bila ado pameran mistik-mistik ni , pasti berduyun-duyun tibo nak tengok pameran tu . Banyak juo gak lah bas-bas pelancong berhenti singgah nak melihat pameran tu. Sempat juo den lolapkan mato seketiko sambil menanti ahli rombongan keluar dari muzium tu.


Sabtu 2.00 pm : Sessi yang paling den suko , makan secara percuma beramai-ramai kek rumah sedaro salah sorang ahli rombongan . Penuh sesak rumah dio ,bila ahli rombongan tibo. Rasanya mahu 2 gantang juo boras di masaknyo. Lauk-lauk selera utara tanpa tempe dan masok lomak , den sosak sepinggan je . Hehehehe .. Lepas makan , acara bergilir-gilir mandi dan solat Zuhur bermulo , kering jang air rumah makcik ni dikerjakan budak-budak kualo mudo ni . Den mandi 5 kali siram je demi menjago hati tuan rumah serta kawan den yang lain.


Sabtu 4.30 pm : Maso yang di nantikan tibo jua ... Sampai je Bukit Jalil den kehairanan . Mana pergi fan yang lain ? Nampak lengang je !Rupo-ruponya masih awal lagi .. Sangkaan awal seperti yang tertera kek surat kabor ' busyuk semuanyo ' . Bermula-lah ekpidisi den menjelajah di setiap sudut stadium untuk melihat pelbagai aksi dan ragam penyokong. Memang meriah raso macam nak final tetiap tahun ajo.


Sabtu 5.30 pm : Setelah puas den menapak pusing stadium , tibo-lah den dekat boot TM yang menyediakan pameran sempenan final kali ini. Melihat budok-budok muda menyabung nyawa dalam kandang besi bermain bola. Gilo akal agaknya pihak TM ni main dalam sangkar !! Hadioh tak seberapa , luka melokat kek besi tu seminggu juo lah yang sembuhnya . Biorkan asal happy !! hehehe .. Den ambik kesempatan untuk acara yang tak bahayo , tendang bola kek dalam gol kecik . Member den lah semuanya ni , cabor den masuk acara tu . Den ni pantang di cabar kalau kena caronya. Beli lah den kad italk yang tak berkato-kato tu  demi memenuhi syarat untuk sepak bola ke gol kecik .Sonang ajo den raso tapi 5 percubaan den , cumo 2 ajo yang gol. Malu jugo den tapi den selambo ajo bila pengaraca tu perli den tak 'OUTLAW' katonya . 10 orang yang join acaro tu , 5 layak ke padang bosar katonya . Nasib menyebelahi den , apabilo 5 lagi penondang lagi teruk dari den. Mako secara rasminya den layok atas merit penondang 2 gol ajo yang mengiringi penondang 3 gol ke atas. Den diberi borang , katonya den terpilih untuk melihat final dari view yang berbezo .


Sabtu 7.00 pm : Tepat seperti yang di janjikan , den terpacak kek pintu utama stadium untuk menanti pihak penaja TM membawa den bersama 4 lagi rakan yang lain masuk ke stadium melalui laluan VVIP . Kironya den bertuah sket lor , masuk tanpo tiket , tanpa pas melalui pintu orang bosar-bosar masuk tanpa tiket. Hehehehe ..!! Den di tarbiah ala-ala 'perpaduang' mengenai apo yang patut den buek maso rehat separuh maso nanti.Den dibawa duduk ataih trek padang ajo bersamo-samo pihak polis , FRU , Ambulans dan orang-orang pengutip bola serta wartawan gambar. Mulo-mulo den curiga , kenapolah nasib den dapat tengok final dengan cara ni , bukankah lebih baik den bersamo mereko tengok dari view penyokong. Apabilo sepak mulo ajo , baru den tahu apo kelebihannyo . Den dapat lihat pemain beraksi seolah-olah macam kat padang Mada kek kampung den. Dapat lihat pemain dan penyokong serentak . Den boleh lihat sekeliling stadium , best juo rasonya.


Sabtu 10.00 pm : Tiba juo masa yang di tunggu-tunggu oleh den ketika pemain dan sosak nafas 45 minit , penyokong mintak nyawa . Den melangkah kek padang macam pemain ke 12 je raso . Den tak toleh dah ke kiri mahupun ke kanan . Menonong ja den masuk teruih ke tengah padang , den dapat lihat satu suasana seumur hidup den , berada di tengah garis pusat stadium . Den perlu laksanakan tugas yang den sendiri mintak . Menondang bola dari jarak yang di anggap gilo , walaupun tak ado penjaga gawangnya . Bukan mudah den raso. Penondang pertama dan kedua membuktikannyo, memang susah nak tondang bola masuk ke mulut gol. Dengan semangat adat pepatih yang den belajar maso kek kampung dulu , den perlukan sokongan moral . Den beri tanda semangat kek kawan-kawan den yang amat setia dengan bunyi drum mereko. Selepas beberapa saat , den tondang sambil tutup mato.  Bola melantun dengan malunya bergolek ke pintu gol tanpa di pakso sesiapo . Reaksi spontan den suko tapi belum lagi gilo . Penondang ke 4 dan 5 juo gagal dengan sepakan mereka. Terus den berlari masuk ke tepi stadium semulo , disitulah baru terbit raso banggo bahawasanya den adalah pemenang utama yang berjaya mengalahkan 5 penondang dari ribuan penyokong yang hadir . Hehehehehe ..!! Dada den masih berdegup kencang , den masih tak percayo apa yang den buek sebentar tadi . Jang !! Den penondang tunggal malam final yang menjaringkan gol . hehehehe ..!!


Ahad 12.30 am : Kegembiaraan den malam itu tidak berpanjangan ruponya apabila Helmi Eliza nak wira. Bukan salah ekau jang , den tahu apa yang berlaku . Den terimo dengan hati terbuko , den hanya membawa pulang secebis kenangan yang berhargo tanpa pialo FA musim ini . Den tetap puas hati dengan persembahan anak-anak hijau kuning musim ini. Ekau dah buktikan bahawa tanpa import pun , ekau berada di kelas tersendiri . Anuar Musa yang datang pun tumpang banggo jang oit , walaupun kedatangannya tidak memberi impak apo-apo . hahahaha ..!!! 


Ahad 1.30 am : bersambung .... den mengantuk dah nie .....( lagi pun tiada lagi cerita kerana maso ni den dah terlolap dalam bas , letih menjerit sepanjang maso...kahkahkahkah !!

* Den memang orang nogori tapi lahir kat Kedah !!!! : ) hahahaha ..


Sunday, April 4, 2010

FINAL FA CUP : 2008 vs 2009


Stadium Nasional Bukit Jalil 
10 April 2010 - Sabtu
8:45 malam  



Line up Kedah : 

( 1 )


( 17 ) - ( 16 ) - ( 20 ) - ( 9 )


( 18 ) - ( 8 ) - ( 21 ) - ( 24 )


( 7 ) - ( 19 )







Formasi : 4-4-2



Note : ( masih dalam penulisan ..idea lari plak dah  )









* juara Piala Malaysia 2008 vs juara Piala Malaysia 2009

Sunday, March 28, 2010

Sapu Sawang ?

Salam kepada pelayar sesat di sini ..!!

Pemilik blog ini semakin terbatas masanya untuk mengemaskini rumahnya sendiri. Maka masa yang terluang seketika ini di gunakan secukupnya untuk membuang sawang-sawang lelabah yang mula melekat di sini.


Bukan itu sahaja , nama blog ini juga turut di tukar dari http://ninja-san.blogspot.com kepada http://simpleissignoftruth.blogspot.com berkuatkuasa serta merta tanpa notis.

Blog ini pada awalnya untuk kegunaan pemiliknya meluahkan rasa di kepala berkenaan BOLASEPAK di Kedah dan Malaysia serta isu-isu yang difikirkan sesuai. Kini menjadi tempat persinggahan sementara untuk pautan ke blog-blog rakan yang lain sahaja.

Kesimpulan mudah : Orang nak buat BLOG , kita pun nak ada Blog !! Kan dah terbongkang .. 

Terima Kasih

Kualiti Pengadil Bolasepak Di Malaysia


Memang benar Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 tetapi kebanyakkan pentadbirnya lebih berusia dari tamadun kerajaan Rom. Kadang kala keputusan yang dibuat oleh mereka penuh dengan kontroversi dan jelik pada pandangan umum. Ingatkah anda tentang larangan penggunaan pemain import pada tahun 1999-2001? Seterusnya berulang kembali pada tahun 2009 hingga belum tahu ‘tempoh’ kesudahannya hingga ke hari ini.

Kisah gelaran kejuaraan Kedah memenangi treble mungkin sudah lama berlalu. Namun kisah mutu pengadilan di Malaysia jauh lebih lama untuk di perdebatkan oleh kita . Jika ada yang cuba membandingkan gaji tahunan pengadil Liga Perdana Inggeris dan Malaysia , sudah pasti bagai langit dan bumi, begitu jugalah penilaian terhadap kedua-dua kualiti pengadilan antara di Malaysia dan Eropah. Apakah disebabkan oleh gaji yang tidak sepadan membuatkan kualiti pengadilan di Malaysia tidak perlu setaraf Eropah? Apakah kualitinya begitu kerana mereka sudah cukup muak untuk mengadili setiap perlawanan Liga Malaysia? Layanan pengadilan mereka sebegitu disebabkan gaji yang sedikit ? Atau mereka sebenarnya hanya menjual permainan? ... Sama-sama kita fikirkan!

Pengadil yang kononnya sudah di iktiraf oleh FIFA ini sebenarnya mengadili setiap perlawanan dengan emosi marah semata-mata. Mereka mengadili setiap perlawanan dengan cara dan emosi tersendiri tanpa berfikiran waras terhadap kreditibili pengadilan itu sendiri . Bagaimana organisasi yang merupakan kerajaan bolasepak Malaysia seperti FAM membiarkan keadaan ini terjadi sejak musim bermusim ? Malah terdapat pengadil yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam perlawanan seperti ‘“Pukimak hang! .. main sudah laaa” kepada pemain. (saya sedia maklum bahawa dia adalah seorang anggota Polis ) Oh bila bercakap berkenaan Polis, masihkah anda ingat insiden yang berlaku pada tahun 2007 lalu di mana seorang polis yang mengadili perlawanan bolasepak tempatan di Johor telah mengeluarkan kad merah, kemudian sepucuk pistol?

Pada awal pembukaan musim 2010, Pengadil perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja telah tersalah melayangkan kad kepada pemain yang menyebabkan berlakunya kemarahan luar biasa peminat pada malam tersebut. Aksi tersebut menyebabkan permainan terhenti selama 20 minit . Begitu jugalah apa yang terjadi dalam pengadilan perlawanan Pasukan Simpanan Kedah dengan Shahzan Muda di Sg Petani tempoh hari. Kad merah di layangkan kepada seorang pemain yang dikatakan cuba melengahkan permainan ketika mengambil lontaran masuk  ke padang. Apabila pemain berkenaan sudah keluar dari padang, beliau dibenarkan bermain semula oleh pengadil. Jelik bukan? Apabila kad merah sudah dilayangkan, bagaimana seorang pemain dapat dimasukkan semula setelah pemain terbabit di usir keluar padang?

Bagaimana pula dengan insiden yang telah berlaku kepada Azlan Ismail yang di gantung 7 perlawanan beserta denda RM4000 ketika aksi bertemu ATM dalam perlawanan Piala FA yang lalu. Menurut laporan 3 pengadil (pengadil utama dan 2 linesman/pembantu pengadil) telah di beritahu bahawa Azlan ada mengatakan “Lu punya pasal , gua kena gantung “. Lihatlah bagaimana pembantu pengadil yang berada di tepi padang arah bertentangan mampu mendengar ucapan sedemikan di sebalik keriuhan suara penonton pada malam berkenaan. Sudah jelas ketiga-tiga pengadil bersekongkol menghasilkan laporan yang sama demi menjatuhkan Azlan Ismail. Jika benar dia mendengar ,SAH di bukan spesis manusia biasa seperti kita.

Seterusnya adalah insiden Ahmad Sobri yang mengamuk menyerang pengadil sejurus selepas perlawanan dengan Negeri Sembilan, ramai yang mempertikaikan perbuatannya. Sungguh aneh apabila pengadil berkenaan telah melaporkan bahawa dia telah di pukul oleh Ahmad Sobri pada malam berkenaan dan meninggalkan bekas lebam lurus di bahagian rusuk? Saya tidak faham , mungkin ada sesiapa yang dapat jelaskan kepada saya. Pukulan bagaimana ianya dibuat? Tendangan? Siku? Guna Kepala? Lutut? Disebabkan insiden dan laporan palsu tersebut Ahmad Sobri turut di denda sebanyak RM8000 serta di larang berada di bangku simpanan untuk 12 perlawanan.

Semua yang hadir malam itu bukannya buta , mereka dapat melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Ketika Shukor Adan melakukan terjahan keras kepada Fadly Baharum, pengadil mengatakan bahawa keadaan permukaan yang licin ketika itu (hujan) bukan kerana terjahan . Akan tetapi ketika Shafizan Hashim cuba mengelonsor mendapatkan bola dalam situasi berkenaan, pengadil mengatakan sebaliknya. Adakah hujan hanya turun pada bahagian tertentu padang? Adakah bila hujan tempat-tempat tertentu sahaja yang basah? Akhirnya kad merah di layangkan tanpa usul periksa serta banyak lagi aksi lain yang perlu dipertikaikan (seperti bola terkena tangan, offside). Inilah yang menimbulkan kemarahan peminat yang hadir di stadium malam itu.

Akibat dari insiden berkenaan , penonton telah berkumpul di luar stadium sebaik tamat perlawanan bagi mengambarkan betapa lemah dan rapuhnya mutu pengadilan di Malaysia. Wan Jamak menyatakan pengadil adalah entity yang paling mengetahui apa yang terjadi di dalam padang ketika diwawancara selepas itu. Tetapi adakah kenyataan beliau itu benar? Adakah kerana pasukannya menang dan dapat menjaringkan gol?

Taraf mutu pengadilan di Malaysia semakin jatuh tiada kesudahannya . Pada ketika ini semua pengadilan boleh dikatakan sebagai tidak mencapai mutu dan kualiti yang di harapkan. Mutu pengadilan sudah jauh tersimpang dari apa yang diharapkan oleh semua peminat tempatan. Mereka lebih melihat realiti sebenar apa yang terjadi di depan mata. Komisyener perlawanan juga tidak banyak membantu dalam keadaan ini, menuruti segala apa yang dilaporkan oleh pengadil utama di tengah padang. Adakah ini kualiti sebenar yang berlaku sehinggalah ianya berpanjangan sebegitu rupa.

Tahukah anda ? Segala tindak tanduk pengadil selama ini sering dipersoalkan. Selepas apa yang berlaku, jika FAM masih lagi berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang tindakan susulan kepada mana-mana pengadil secara langsung. Benarlah telahan saya bahawa pengadil di Malaysia hanya tangkap muat untuk mengadili perlawanan yang di anggap bertaraf professional. Kita memahami setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ini kerana kita sedia maklum pengadil ini bukannya Malaikat yang di ambil oleh FAM dari Syurga. Mereka juga manusia biasa seperti kita juga, cuma mereka di latih untuk memililki kemahiran untuk menilai prestasi dan mengadili perlawanan bolasepak. Apa yang dipersoalkan hanyalah keputusan yang sering berlawanan dengan perkataan ‘adil’ itu sendiri.

Sesungguhnya FAM memerlukan teguran dari pencinta bolasepak tempatan. Teguran dan kritikan sebegini semata-mata untuk memastikan tujuan dan asas bolasepak yang diperkenalkan oleh FIFA dapat dimartabatkan setiap kali bendera “FIFA Fair Play” dibawa masuk ke dalam padang.

artikel asal : http://www.jeebsion.com/blog/?p=930